in , ,

Drama Alahai Omak Dan Aku Bukan Masyitah di TV1

[dropcap]T[/dropcap]ahun ini sambutan Hari Ibu di Malaysia diraikan tanggal 12 Mei bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Nyata kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak sangat bernilai dan sukar untuk diungkapkan dengan kata.

Lalu sebagai menyatakan penghargaan kepada golongan yang dimuliakan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan dua buah drama menarik menerusi saluran TV1 yang mengangkat kisah suka duka dihadapi seorang ibu berdepan dengan cabaran mahupun pengalaman dalam membesarkan seorang insan bergelar anak.

[pullquote align=”right”]RTM Nyatakan Kasih Kepada Ibu Dalam Dua Drama Khas : Alahai Omak Dan Aku Bukan Masyitah di TV1[/pullquote]

Menerusi drama bertajuk “Alahai Omak” yang menemui penonton pada 10 Mei depan, jam 10.30 pagi saksikan lakonan berkesan gandingan Fauziah Nawi dan Ku Fridah di samping pelakon Fezrul Khan, Effa Maembong dan Adam Shah menghidupkan plot bila mana seorang ibu kesunyian di kampung berkongsi rasa sunyi dihadapinya berjauhan daripada anak dan cucu dengan teman seusianya yang banyak menasihatinya bahawa setiap anak juga ada tanggungjawab masing-masing dalam mencari rezeki.

Ia mengangkat kisah Kalsom, tinggal seorang diri di kampung sering merungut kepada jirannya, Aishah tentang sikap anak-anaknya yang masing-masing sudah bersuami, jarang-jarang pulang menjengahnya di kampung. Kadangkala Kalsom terpaksa berpura-pura sakit, barulah anak-anaknya pulang berkumpul melawatnya.

Adam Shah, Fauziah Nawi, Ku Farida Hidupkan Drama Alahai Omak

Anak-anak Kalsom, Rizman dan Nadia, masing-masing telah berkeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur. Mereka sentiasa berusaha untuk pulang menjengah Kalsom jika ada waktu terluang. Dalam waktu yang sama, sudah puas mereka memujuk Kalsom supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka dan ini akan memudahkan masing-masing menjengah Kalsom.

Bagaimanapun Kalsom memberi pelbagai alasan. Aishah yang sering dijadikan tempat anak-anak Kalsom mengadu, bersimpati dengan anak-anak Kalsom lalu mendesak Kalsom mengubah cara pemikirannya yang mengharapkan anak-anak perlu menjengah mereka selalu apabila mereka sudah tua. Jika dulu mereka sibuk mencari rezeki untuk anak-anak, begitu juga dengan anak-anak mereka sekarang. Bagaimanapun Kalsom tetap berdegil denganprinsipnya – sebagai anak, mereka yang perlu menjengahnya.

Satu hari, Kalsom benar-benar terjatuh dalam bilik air, menyebabkan pinggangnya patah. Kalsom menelefon Rizman supaya balik, bagaimanapun Rizman tidak percaya kerana menyangka Kalsom berpura-pura jatuh.

Keesokkan harinya pula menerusi saluran sama TV1, berkongsi rasa dan perasaan ibu tunggal yang berdepan dengan pelbagai dugaan dalam membesarkan anak-anaknya dalam sebuah drama menarik bertajuk “Aku Bukan Masyitah” yang menemui penonton pada 11 Mei 2013, jam 3.05 petang.

Menampilkan pelakon Aida Aris, Rusdi Ramli, Zila Bakarin, Erin Malik dan Adik Puteri Balkish, drama ini pastinya mampu menyentuh perasaan penonton terhadap pengorbanan seorang ibu berdepan situasi sukar semata-mata mahu memastikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Begitupun segalanya tidak mudah kerana peringkat tumbesaran anak-anak yang berbeza membuatkan dia kadangkala patah semanagat dan berputus asa.

Drama Aku Bukan Masyitah

Aida Aris Dan Puteri Balkish ... Pelakon Utama Aku Bukan Masyitah

Konflik Anak Beranak Libatkan Fezrul Khan &Amp; Fauziah Nawi Dalam Alahai Omak

Ku Fridah Dan Fauziah Nawi Bersahabat Dalam Alahai Omak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Ribut Barat Lakonan Yusof Haslam

Gambar Pra Perkahwinan Beego & Linda Hashim