in

Filem Penyiasatan di TV2

TEMA PENYIASATAN DAN KEPOLISIAN MENGISI SLOT FRIDAY NIGHT MOVIE @ 2 SEPANJANG JULAI DI TV2

Membariskan filem-filem menarik yang mengangkat tema penyiasatan dan kepolisian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil mengisi slot Friday Night Movie @ 2 sepanjang Julai 2009 ini jam 12.30 tengah malam, setiap hari Jumaat menerusi Saluran Dunia Ria, TV2 dengan filem Capote (3 Julai), Dua Kali Lima (10 Julai), Explosive City (17 Julai), Attack Of The Sabretooth (24 Julai) dan Manithan (31 Julai).

Telefilem Inggeris, Capote bakal mendahului siaran yang mengangkat plot kisah penyiasatan ini dibintangi oleh Philip Seymour Hoffman, Chris Cooper, Catherine Keener, Craig Archibald dan Bronwen Coleman. Ia berlegar sekitar kisah berlaku pada November 1959 dimana berlaku satu pembunuhan terhadap kelaurga Clutter yang telah  menggemparkan seluruh negara. Sebagai penulis ruangan jenayah, Trumen Capote ditugaskan untuk menulis tentang kejadian pembunuhan tersebut. Dia juga ditemani oleh seorang penulis jenayah Harper Lee.

Bagi merungkai kejadian pembunuhan tersebut, Capote dan Harper Lee ke Kansas untuk memulakan siasatan kes tersebut. Semasa dalam siasatan kes pembunuhaan tersebut, Capote telah hampir untuk menyiapkan tulisannya tentang jenayah dan sedar, melalui buku tersebut akan mengubah kehidupannya seperti yang tidak dijangkakan.

 

Menemui penonton pada 10 Julai pula merupakan sebuah drama melayu lama, Dua Kali Lima  yang dijayakan oleh Wahid Satey, Mat Sentul, Anita Sarawak dan Siti Tanjung Perak. Cerita yang berkisar pertelingkahan keluarga ini melibatkan kelaurga Kulop Besar dan Kulop Kecil yang mengusahakan kedai jahitan. Bagi menarik pelanggan, pelbagai cara telah dilakukan oleh kedua-dua belah keluarga ini sehingga mewujudkan suasana komedi.

Mat Sentul

Bakal bersiaran pada 17 Julai pula ialah sebuah filem Kantonis,  Explosive yang dibintangi oleh Simon Yam Tat-Wah, Alex Fong Chung-Sun, Sonny Chiba, Hisako Shirata, Edwin Siu Jing-Nam, dan Crystal Kwok Wai. Filem yang berlatarkan dunia kepolisan ini berkisar kepada cubaan seorang pegawai polis Joe Cheung untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan.

Dengan bantuan anggota bawahannya, Yiu Tin Ming, mereka ditugaskan untuk menyisat dan menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. Bagi merungkaikan kes tersebut, Joe Cheung berkenalan dengan salah seorang saksi, Jade yang hilang daya ingatan selepas terlibat dengan satu kemalangan. Oleh itu, Joe Cheung cuba untuk memulihkan ingatan Jade supaya dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan itu. Namun, mereka terlambat apabila isteri dan anak Ming dijadikan tebusan oleh pemjenayah. Mampukah Joe Cheung dan Ming memulihkan ingatan Jade untuk menyelesaikan kes tersebut ?

Menyusul pada 24 Julai pula ialah sebuah filem Attack Of The Sabretooth yang mengisahkan tentang seekor kucing hutan yang dipelihara disebuah  taman tema, Valalola milik Niles  di sebuah pulau yang terletak di Fiji. Kucing hutan tersebut telah diklonkan menjadikannya lebih liar dan agresif. Niles telah menjemput orang ramai dan pelajar-pelajar untuk melawat kawasannya supaya dapat merasai pengalaman yang menakjubkan di taman tema tersebut.

Namun akibat satu kesilapan kecil, kucing hutan tersebut ataupun Sabretooth menyerang pelawat-pelawat untuk mendapatkan darah sehingga mewujudkan ketakutan dalam kalangan pengunjung. File mini dibintangi oleh Robert Carradine, Nicholas Bell, Brain Wimmer, Stacy Hiiduk, dan Rawiri Paratene.

Mengakhiri bulan Julai menerusi slot Friday Night Movie @ 2 ialah sebuah cerita Tamil yang menampilkan lakonan Rajinikhanth, Rubini, Raghuvaran, Senthil dan Delhi Ganesh menerusi filem Manithan yang akan disiarkan pada 31 Julai. Filem ini mengisahkan tentang Rajni yang hidup penuh dengan angan-angan dimana dia pernah berangan menjadi pencuri apabila dewasa kelak.

Akibat satu pergaduhan, Rajni telah dipenjara dan selepas dibebaskan kehidupan Rajni semakin mencabar apabila dikelilingi oleh musuh-musuh dan pengkhianat yang cuba untuk membunuhnya. Oleh itu, Rajni perlu membuktikan bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Apa kesudahan dan aksi-aksi yang akan dipertontonkan menerusi lakonan hebat Rajinikhanth ?

Oleh itu, jangan lupa untuk meluangkan masa pada malam minggu anda setiap Jumaat, jam 12.30 tengah malam untuk menonton flem Capote (3 Julai) Dua Kali Lima (10 Julai) Explosive City (17 Julai) Attack Of The Sabretooth (24 Julai) dan Manithan (31 Julai) menerusi slot Friday Night Movie @ 2 menerusi Saluran Dunia Ria, TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Malaysia dan Indonesia di TV2

Maya Karin Bakal Bertemu Al Gore di Persidangan Asia Pasifik Projek Iklim