in , ,

SAKITNYA HATI Taruhan Pertama Kumpulan Venus

Sebuah lagi kumpulan muncul untuk mewarnai industri seni tempatan. Kumpulan baharu yang diberi nama Venus ,mereka bukalah nama asing dalam indusri muzik Malaysiai .

Kumpulan Venus ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019. Ia dianggotai oleh Puteri sebagai vokalis, Ayoy sebagai pemain bass, Lan sebagai pemain gitar utama, Adi sebagai pemain gitar ke 2 dan  keyboardist serta Hafis sebagai pemain dram.

Menurut Adi selaku penulis lirik, Sakitnya Hati  merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwa remaja. Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya. Lagu ini di cipta oleh Joe Slash manakala liriknya ditulis bersama Puteri, Lan, Adi, Hafis & Ayoy

SAKITNYA HATI Taruhan Pertama Kumpulan Venus

Menurut Adi lagi, cabaran mereka di usia yang  sekitar 30an tahun manakala Puteri selaku ahli yang paling muda iaitu 21 tahun, mempertaruhkan puteri sebagai vokalis mereka,Venus berharap mereka lebih dekat dengan generasi baru ujar Adi yang juga merupakan Vokalis utama 6ixthsense, Mereka berharap pergorbanan mereka dapat memberi impak yang positif serta diterima oleh pendengar muzik tanah air,

Kami memilih lagu ini sebagai lagu pertama kami kerana ia relevan dengan arus industri muzik di negara kita buat masa sekarang,”

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi dan digarap liriknya yang matang. Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden,”

– Adi
SAKITNYA HATI Taruhan Pertama Kumpulan Venus

Menyambung bicara, pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama 3 bulan sebelum ia siap sepenuhnya. Selain itu Adi dan rakan-rakan Venus yang  merupakan pemuzik sepenuh masa manakla puteri merupakan penuntut  bidang undang-undang di Uitm

“Harapan kami agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer yang terlibat.

Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik dan moden bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan,”

– Adi

Juga dalam tempoh pendemik yang memberi kesan yang kuat kepada pemuzik dan artis tanah air.

Para peminat kini boleh melayari video lirik lagu “Sakitnya Hati di youtube  https://www.youtube.com/watch?v=WMANhpCU03g

SAKITNYA HATI Taruhan Pertama Kumpulan Venus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rating Meningkat, Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Drama START UP di Netflix

Filem MULAN Kini Boleh Dibeli di Apple TV & Google Play Movie Untuk Pengguna Malaysia