in ,

Filem Menarik Sempena Tahun Baru 2010

RTM berkongsi sambutan tahun baru 2010 ini dengan menjanjikan tayangan empat filem pada 1 Januari 2010 (Jumaat) iaitu Click (jam 3.00 petang) dan Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby (jam 11.30 malam) sebelum disiarkan 2 filem mengisi slot Saturday Night Special On 2 iaitu Bourne Identity pada 2 Januari 2010 (Sabtu), jam 10.00 malam dan Bourne Supremacy pada 9 Januari 2010 (Sabtu) jam 10.00 malam yang kesemuanya di siarkan menerusi Saluran Dunia Ria, TV2.

Click membawakan kisah Micheal Newman yang berkahwin dengan Donna dan memiliki dua orang anak. Namun kesibukannya menguruskan firma arkitek kepunyaannya menyebabkan dia kurang memberikan tumpuan terhadap dua anaknya itu. Begitu kehidupannya mula berubah apabila salah seorang daripada pekerjanya memberikan satu alatan gajet kepadanya. Untuk mengetahui apakah fungsi gajet itu sama-sama kita saksikan filem menarik lakonan Christopher Walken, Sean Astin dan Adam Sandler ini.

Manakala di sebelah malamnya pula menyusul Talladega Nights : The Ballad of Ricky Bobby menggandingan pelakon utama Will Ferrell dan Amy Adams yang mengisahkan watak Ricky Bobby yang menjadi hero hebat menerusi pendekatan ‘menang’ dalam apa juga pertaruhan. Dia bersama rakan karibnya Cal Naughton Jr. tanpa rasa takut memenangi banyak perlumbaan yang dipertaruhkan. Mereka kemudiannya dicabar oleh Jean Girard, pelumba Formula One Perancis. Lalu apakah yang terjadi seterusnya?   

Kemudiannya dua minggu berturut-turut, peminat slot Saturday Night Special On 2 menyiarkan filem Bourne Identity dan Bourne Supremacy yang sememangnya menarik untuk tontonan seisi keluarga yang pastinya sudah memiliki impian dan cita-cita untuk dilaksanakan dengan kemunculan tahun baru. Begitu pun bagaimanakah kiranya segala yang dimpikan musnah gara-gara tanpa diduga seseorang itu kehilangan arah apabila identiti dirinya sendiri lenyap dari ingatan.

Menariknya menerusi filem yang diadaptasikan daripada sebuah novel Robert Ludlum’s, Bourne Identity ditayangkan sekitar tahun 2002 kepada penonton menyaksikan aksi Jason Bourne yang seperti telah mati dan hilang ingatan dengan sepasang peluru di belakangnya. Namun dia telah diselamatkan di Laut Mediteranian oleh nelayan dari Itali. Hanya ada tanda nombor akaun di badannya sahaja yang dapat membantu dia mencari identiti dirinya yang sebenarnya. Filem ini dibintangi aktor terkenal Matt Damon, Franka Potente dan Brian Cox.

Manakala kesinambungannya menerusi Bourne Supremacy yang masih mengekalkan pelakon-pelakon yang sama pula kembali dengan watak Jason Bourne setelah bebas daripada masalah mental dan fizikal. Dia cuba mahu membina kehidupan baru bersama teman wanitanya, Marie di satu tempat lain. Tetapi apa yang dirancangkannya tidak menjadi kenyataan dan berlaku pula sebaliknya.

Justeru usah lupa berhibur dan menyaksikan empat filem hebat ini hanya di TV2 dalam meraikan kemeriahan sambutan tahun baru 2010 anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Eco-Freedom: Efek Rumah Kaca Live in Kuala Lumpur

Intan Ladyana Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010