Konsert Eco-Freedom: Efek Rumah Kaca Live in Kuala Lumpur

Diskustik bersama Efek Rumah Kaca

Tempat: Annexe Gallery, Kuala Lumpur
Masa: 8PM – 11PM
Tarikh: 26hb Februari 2010, Jumaat
Tiket: Percuma

Eksklusif! Diskustik Efek Rumah Kaca, acara ini merupakan kombinasi nyanyian lagu secara akustik dan diikuti dengan diskusi santai setelahnya. Efek Rumah Kaca dan juga Couple tidak akan menggurui sebaliknya akan berkongsi, bertukar dan berbahas; dari isu muzik, alam sekitar, kebebasan, demokrasi, korupsi, nasionalisme dan hak asasi manusia. 

4221546479 7C83210Ea8 O | 4

Konsert Eco-Freedom: Efek Rumah Kaca Live in Kuala Lumpur

Tempat: One Cafe, Kuala Lumpur
Masa: 3PM – 11PM
Tarikh: 27hb Februari 2010, Sabtu

Oxygen Media, Frinjan & Envelove dengan sokongan My Future Foundation dengan rasa rendah diri mempersembahkan kepada audien Malaysia band yang sering digelar band ‘sospol’ (sosial politik) kerana lirik-lirik mereka yang mengandungi elemen kritik sosial politik yang sarat dengan isi.

Melalui lagu-lagu pop yang enak didengar, lirik-lirik yang puitis dan dalam lebih mudah dihadam.

Kesan akibat pemanasan global bukan lagi omongan kosong sebaliknya realiti nyata yang sedang kita hadapi semua.

Begitu halnya juga dengan kebebasan baik dari segi politik, media dan pastinya muzik yang sering diancam dengan pelbagai alasan, dari moral hinggalah kepada ketenteraman awam.

Ayuh berhibur dan menyelami di sebalik bait lirik untuk kita fikir-fikir dan hadam-hadam dengan terbuka tanpa paksaan.

Turut akan beraksi ialah band tempatan yang turut sama mendokong iaitu Nao, Couple, Deepset, Dum Dum Tak, Free Love dan Bit the Medusa (mahasiswa Indonesia yang kuliah di Malaysia)

4221547915 Fcbf41D140 O | 5

Maklumat tiket:

Tiket ‘Konsert Efek Rumah Kaca’ akan mula dijual 4hb Januari 2010
Pra jualan RM25
Di pintu RM35

Dengan membeli tiket pra jualan, CD ERK album ‘Kamar Gelap’ dapat dibeli dengan harga RM25. Stok terhad! Harga asal RM30

Nak beli kat mana?

-emel ke [email protected] dan ikut arahan selanjutnya

-dapatkan di agen-agen seluruh negara

Kedua-dua acara ini berlangsung sempena Festival Hak Asasi Manusia 2.0: Muzik Berserta Demokrasi dan Pengembangan Sosial yang berlangusng dari 26hb – 28hb Februari 2010

Nak bertanya, juga [email protected] atau Zul 019-308 3804

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Real Sin Chan Photo

Filem Menarik Sempena Tahun Baru 2010