in

Trailer Filem LANGSUIR Lakonan Syafiq Kyle & Hannah Delisha

Sebuah treler pra-rasmi filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha telah dilancarkan hari ini. Treler berdurasi 30 saat itu memberi gambaran tentang kandungan filem seram romantis yang dijadualkan bakal menggamatkan pawagam-pawagam bermula 21 Jun 2018 nanti.

Saksikan Treler Pra-Rasmi LANGSUIR di:

LANGSUIR menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan? Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, filem Langsuir turut dibintangi oleh Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas.

Filem arahan Osman Ali ini adalah filem sulung terbitan syarikat Guam Teamwork Sdn Bhd dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. Langsuir telah menjalani sesi penggambaran selama 25 hari yang berlangsung di Pulau Langkawi serta beberapa lokasi sekitar yang dipercayai sudah ditinggalkan lama seperti Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai.

Ketahui maklumat terkini mengenai filem Langsuir di akaun Instagram @filemlangsuir atau akaun Facebook @GuamTeamwork

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Fantastik 4 Turun Padang Dekati Anak Yatim

“Hari Pertama Menipu Sampai Saat Hujung Tanduk Pun Menipu”- Ibu Elfira