in ,

Artis Fantastik 4 Turun Padang Dekati Anak Yatim

Artis Fantastik 4 tunjuk taring pada konsert minggu kedua. Masing-masing membuat kelainan dalam persembahan mereka.

Selasa lalu, 13 Mac 2018, artis Fantastik 4 telah turun padang bagi menjayakan program tanggungjawab khidmat sosial (CSR) ke Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha, Gombak yang turut disertai penyampai Hot FM, Ammar dan Deen.

ARTIS FANTASTIK 4 DEKATI ANAK YATIM MELALUI PROGRAM CSR

Program itu bertujuan untuk mendekatkan diri bersama adik-adik yang kurang bernasib baik. Ara dan Wany lebih tertarik untuk bersama pembantu rumah anak yatim bagi aktiviti memasak serta penyediaan makanan, manakala yang lain lebih tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan dan mengemas.

Selain itu, sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas turut diberikan kepada penghuni pusat penjagaan anak yatim tersebut.

Artis Fantastik 4 tunjuk taring pada konsert minggu kedua. Masing-masing membuat kelainan dalam persembahan mereka. Haqiem Rusli berjaya membawa gelaran ‘Artis Paling Fantastik’ minggu pertama beserta wang tunai RM5,000, manakala Ara sekali lagi mendapat pujian daripada juri kerana berani membawa sesuatu yang berbeza.

Wany Hasrita yang semakin pulih dari virus Influenza B serta Naim Daniel turut membuat persembahan malam itu.

“Ara berani adaptasi lagu asal mengikut rentak pilihan yang membuatkan tidak bosan. Vokal jelas serta penyampaian tiada masalah ketara, cuma Ara suka ‘swallow’ kata-kata dan tak lontarkan dengan sehabisnya” kata Edry dan Dato’ AC Mizal menambah “saya rasa tak puas hati bila competition, perempuan nyanyikan lagu lelaki, sebabnya key mereka berbeza”.

Untuk Wany Hasrita pula “nyanyian kena lebih ’staccato’dan groovy supaya tak dengar nyanyian mendayu di atas rentak atau muzik itu” komen Edry yang turut dipersetujui Dato’ AC. Buat Haqiem dan Naim “mereka masih boleh belajar banyak benda lagi untuk memperbaiki mutu nyanyian”, jelas juri.

Artis Lagu (Minggu Ketiga)
Wany Hasrita Luluh (Khai Bahar)
Haqiem Rusli Asal Kau Bahagia (Armada Band)
Ara Johari Sumpah Cinta Ku (Asfan Shah)
Naim Daniel Sesungguhnya Aku (Alif Satar)
Wany Hasrita & Ara Johari Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz)
Haqiem Rusli & Naim Daniel Buta (Faizal Tahir & Caliph Busker)

Fantastik 4 adalah sebuah pentas realiti di radio dan digital Hot FM yang telah bermula 5 Mac lalu yang akan berlansung selama lima minggu. Juri jemputan minggu ini, Hafiz Suip akan bersama Edry Abdul Halim yang merupakan juri tetap bagi konsert Fantastik 4. Untuk mengundi, pendengar boleh ke laman web rasmi stesen Hot FM di www.hotfm.com.my.

Undian atas talian hanya dibuka pada hari Isnin, 19 Mac 2018 jam 11.00 malam dan akan ditutup pada hari Ahad, 25 Mac 2018 tepat jam 11.59 malam. Juara bakal merebut hadiah utama berjumlah RM20,000 beserta trofi dan sekiranya mereka menjadi pilihan juri untuk ‘Artis Paling Fantastik’ minggu itu, mereka akan membawa pulang RM5,000.

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.hotfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Hot FM di Youtube : Hot TV / Instagram / Twitter : @hotfm976 / Facebook : Hot FM / Whatsapp : 017 – 302 8822

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Restoran Milik Datuk Seri Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

Trailer Filem LANGSUIR Lakonan Syafiq Kyle & Hannah Delisha