in , ,

Sinopsis Filem ZOMBI KAMPUNG PISANG Lakonan Awie

Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam.

Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya ketika pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sering melepak di tepi jalan, Husin, Atan dan Mat Karan telah menyaksikan kejadian itu lalu bersama mengusung Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung tersebut.

438548432 E7139D6631 O | 4

Sinopsis filem Zombie Kampung Pisang

Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal ketika memeriksa jenazah Pak Abu. Keadaan jadi bertambah gawat. Ketiga pemuda tersebut turun berbincang mengenai keadaan tersebut. Jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka sekali lagi. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.

Kerantong dipalu, memecah keheningan kampung pada malam itu. Orang ramai mulai keluar dan bergerak untuk berkumpul di dewan orang ramai. Ketika berhimpun, ramai yang menyatakan yang mereka telah terserempak dengan lembaga hantu ketika dalam perjalanan. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia. Orang ramai mulai takut dan memikirkan musibah yang berlaku. Keadaan bertambah kecoh di dewan tersebut. Masing-masing mula menyalahkan sesama sendiri akan musibah menimpa.

Siasatan dijalankan. Rumusan didapati bahawa kesemua yang meninggal telah berkunjung ke kedai kopi Pak Menawer.  Beberapa pemuda yang ditugaskan membawa Pak Menawer ke situ, pulang semula dengan hampa. Pak Menawer telah hilang.

Tindakan dibuat untuk mengumpul dan mengasingkan orang-orang yang telah mengunjungi kedai Pak Menawer. Bekalan letrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Bekalan pulih semula beberapa ketika kemudian namun orang ramai sekali lagi menjerit apabila mendapati mayat-mayat yang hilang tadi berada di muka pintu dengan keadaan menakutkan.

Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi Zombi, mula menyerang orang-orang kampung. Masing bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pihak polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Sementara itu seorang konstabel yang sememangnya tinggal di kampung itu juga telah bertukar menjadi Zombi. Pihak yang diharap juga ditimpa musibah.

Malam ini tidak lagi aman seperti biasa. Huru-hara telah terjadi dengan orang–orang kampung bertempiaran ke sana sini. Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

Dipetik dari: Tayangan Unggul Sdn Bhd

434929969 8B1B38Fd11 | 5

Tarikh Tayangan  : April 19, 2007

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis & Lakon layar : Mamat Khalid

Penerbit
Gayatri Su-Lin Pillai sebagai Penerbit Eksekutif
Tayangan Unggul Sdn Bhd sebagai Syarikat Penerbitan Filem

Pelakon Utama:
Awie sebagai Hussin
AC Mizal sebagai Mat Karan
Soffi Jikan sebagai Sofi
Que Haidar sebagai Deris
Ezlynn sebagai Cikgu Maimun
Nadia Mustafar sebagai Cikgu Munah

Pelakon Pembantu:
Ruminah Sidek
Zami Ismail
Loloq
Hamid Gurkha
Mazlan (Senario)
Jalil Hamid

Krew
Hatim Thai sebagai Penata Rias
Hazil Izham Ismail sebagai Penerbit Penyelaras
Khalid Zakaria sebagai Pengarah Fotografi
Nazrul Asraff sebagai Pengarah Seni

sumber: http://www.filemkita.com

434928948 57Ef8Fb9C6 | 6
434928130 908Eddfd54 | 7
434928796 773C593813 | 8
434928432 413Ea765D4 | 9
434928282 00Cd614A50 | 10
434928222 Eed749B055 | 11
434928488 C27396B54A | 12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Intan Ladyana | 41

Filem JANGAN PANDANG BELAKANG Seram Giler!

Chrisye Meninggal | 42

Salam Takziah! Lagenda Chrisye Meninggal Dunia