in

Filem Cicakman 2: Planet Hitam Kutip 1.5 juta Dalam Masa 3 Hari

Wah! Dalam masa 3 hari tayangan, filem Cicakman 2: Planet Hitam sudah berjaya mengutip 1.5 juta. Mmm, kira ok lah tu.

Filem ini adalah hasil buah tangan terbaru KRU Studios Sdn Bhd. kali ini boleh disifatkan sebagai karya terbaik pernah dihasilkan oleh trio adik-beradik, Norman, Yusry dan Edry.

Mungkin ramai yang nak tengok filem ini sebab…

  1. Jalan cerita lebih kemas dan menarik dalam sekuelnya kali ini.
  2. Cicakman 2 menampilkan lebih banyak aksi yang menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) dan kesan khas.
  3. Mengekalkan jalan cerita yang sama, watak Hairi/ Cicakman lakonan Saiful Apek dikupas dengan lebih mendalam dalam sekuel terbarunya ini.
  4. Mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost).
  5. Sekuel Cicakman ini turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef).
  6. Menampilkan satu kelainan dengan memberi lebih banyak ruang untuk watak cameo dalam sekuel terbarunya ini. Antara watak cameo yang paling menonjol dalam filem ini adalah watak Aziz M. Osman yang menjadi editor di syarikat televisyen, Fulus News.

Gallery | 4

SINOPSIS CICAKMAN 2: PLANET HITAM

Profesor Klon kembali untuk meneruskan rancangannya menakluk Metrofulus di dalam filem sekuel ini. Profesor Klon yang berada di dalam persembunyian bawah tanah, merancang plan Planet Hitam, untuk mengawal bekalan air mentah di Metrofulus.

Melalui plan Planet Hitam, beliau berjaya mencemar bekalan air di kota tersebut dan meminta Presiden Metrofulus, untuk melepaskan jawatannya. Hairi pula berdepan dengan musuh terbarunya, Rrama, seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Profesor Klon untuk menghapuskan musuh-musuhnya.

Pada waktu yang sama, Hairi juga berdepan dengan masalah peribadinya iaitu sukar mencari kerja lantaran beliau mempunyai tanggungjawab untuk membanteras kejahatan di Metrofulus. Rrama bukan sebarangan musuh lantaran beliau gemar membunuh dan menganggap setiap tugasannya sebagai satu seni.

Tangkas dalam ilmu mempertahankan diri serta berhati batu, Rrama merupakan penjenayah paling hebat pernah berentap dengan Cicakman. Dan Rrama bukan satu-satunya masalah yang perlu dihadapi oleh Cicakman kerana superhero ini juga dihantui oleh Ginger Ghosts yang mahu membalas dendam atas kematian mereka.

Hairi juga perlu berdepan dengan masalah emosi dengan kehadiran Tania yang bertugas sebagai wartawan untuk mencari identity sebenar Cicakman. Kehadiran Iman, seorang gadis buta di dalam hidup Hairi, menambahkan lagi dilemma di dalam diri Hairi. Apabila Rrama menjadikan Iman tebusan untuk memerangkap Cicakman, Hairi sedar bahawa dia sekali lagi perlu berkorban untuk menyelamatkan orang yang dia sayang, juga menegakkan keadilan di Metrofulus.

Namun, mampukah Cicakman menandingi kekuatan dan kebolehan dua penjahat – Rrama dan Profesor Klon yang sudahpun melengkapkan diri dengan senjata kebal bagi menandingi cicakman?

Gallery | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE LION ROARS LAKONAN CECILIA CHEUNG DI RTM2

THE DAY THE EARTH STOOD STILL