in

THE LION ROARS LAKONAN CECILIA CHEUNG DI RTM2

GOLDEN PREMIER : “THE LION ROARS, AHAD (21 DISEMBER 2008), JAM 10.00 MALAM DI RTM2

Jika anda peminat setia filem romantik komedi, usah lepaskan peluang mengisi waktu santai hujung minggu anda dengan menyaksikan filem komedi The Lion Roars arahan pengarah Joe Ma popular sekitar tahun 2002 yang sarat dengan aksi menarik hero dan heroin popular, Louis Koo bergandingan dengan pelakon cantik Cecilia Cheung.

The Lion Roars disiarkan menerusi Slot Golden Premier, 21 Disember 2008 (Ahad), jam 10.00 malam di RTM2 ini selain dibintangi Louis Koo Tin-Lok dan Cecilia Cheung Pak-Chi turut mengetengahkan watak lakonan berkesan Wyman Wong Wai-Man dan Emotion Cheung Kam-Ching.

The Lion Roars mengajak penonton berkongsi kisah Cheng Jichang (Louis Koo) adalah seorang sastrawan muda dan belum terkenal. Manakala Liu Yue-e (Cecilia Cheung) pula adalah pendekar wanita yang galak dan berani.

Meskipun telah banyak diperkenalkan dengan ramai wanita cantik, Jichang masih juga gagal mendapatkan jodoh yang sesuai. Apatahlagi dengan sikapnya yang pemalu dan kurang pintar merayu sehingga dia masih gagal mendapatkan isteri. Sementara itu sikap Yue-e yang sangat galak selalu menggagalkan niat lelaki yang ingin memperisterikannya.

Pada suatu hari Jichang dan Yue-e bertemu dan saling tertarik antara satu sama lain. Sehinggalah pada saat pementasan puisi, mereka berdua dinikahkan oleh pemerintah yang ada di sana. Sementara itu, adik pemerintah bernama Ping-an juga turut menyukai Jichang. Lalu pada saat Yue-e pergi mengantar barang, Ping-an telah berjaya untuk cuba memujuk rayu Jichang. Hingga akhirnya dia berhasil untuk menarik perhatian pemuda itu.

Dalam kemarahannya Yue-e berusaha membunuh Ping-an sehingga kes ini cuba ditangani oleh pemerintah. Namun pada masa itu seolah menjadi kelaziman apabila seorang suami beristeri empat atau lima orang. Bahkan pemerintah pun memiliki hampir ratusan gundik atau perempuan simpanan. Tetapi Yue-e berpegang kepada prinsip, kalau wanita harus setia kepada seorang lelaki, maka lelaki juga harus setia pada seorang wanita. Konflik bermula apabila Yue-e bertarung bemati-matian untuk mempertahankan prinsip hidupnya itu. Tambahan pula dia mesti berusaha untuk menawani hati suaminya yang mulai goyah dengan kehadiran pihak ke tiga.

Kepada penonton setia Slot Golden Premier terutamanya penggemar filem genre komedi, jangan ketinggalan menyaksikan The Lion Roars pada 21 Disember 2008 (Ahad), jam 10.00 malam di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AZRUL AMILA AMIR & NURUL FATIHA JADI PEMBACA BERITA RTM

Filem Cicakman 2: Planet Hitam Kutip 1.5 juta Dalam Masa 3 Hari