in , ,

Filem AKU BUKAN GILA Beri Kesedaran Tentang Penyakit Bipolar Kepada Masyarakat

Filem AKU BUKAN GILA telah menjalani penggambaran di Beddgelert, North Wales, United Kingdom pada 2018. Selain Beto, ia turut dibintangi Fasha Sandha dan Wanna Ali. Kini boleh ditonton di iFlix.

Penyakit bipolar bukan satu penyakit baharu di kalangan masyarakat moden masa kini dan mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai perkara itu, syarikat produksi, Pencil Pictures tampil dengan filem terbaharu terbitan mereka, Aku Bukan Gila.

Ditayangkan secara percuma menerusi perkhidmatan penstriman WeTV iflix sejak 6 Oktober lalu, Aku Bukan Gila dibintangi pelakon Fasha Sandha, Beto Kusyairy, Wanna Ali dan Aman Shah.

fasha sandha

Filem arahan Rahila Ali ini telah menjalani penggambaran di North Wales pada penghujung tahun 2018.

Sebagai teraju utama, Fasha melahirkan keterujaannya terlibat sama dalam projek filem ini yang sememangnya lain daripada naskhah lakonan yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada filem ini dan menghidupkan watak Andra, seorang wanita dengan personaliti yang kompleks lagi kuat, yang bergelut dengan kesedihan serta cabaran kehidupan seperti kita semua.

“Peluang keemasan untuk bekerjasama dengan pengarah filem wanita, Rahila Ali dalam penerbitan ini turut memperkasakan saya.

Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan WeTV iflix untuk menyebarkan keterujaan serta mesej yang disampaikan filem ini dan berharap dapat menyertai lebih banyak lagi kolaborasi sedemikian pada masa depan,”

– Fasha Sandha

Fasha Sandha ditemui pada majlis pelancaran Aku Bukan Gila yang diadakan di Hotel Flamingo, Ampang baru-baru ini.

Naskhah filem hasil penulisan skrip oleh Amirul Haswendy Ashari itu mengisahkan tentang Andra (Fasha) yang merantau ke perkampungan Beddgelert di North Wales untuk melarikan diri daripada kekangan keluarga serta mengubati hatinya selepas kematian ibu tersayang.

*Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pandemik Covid-19 Semakin Menular, Tiada Sidang Media Di Gegar Vaganza Musim Ini

Beto Kusyairi Akur Jika Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksanakan Semula