in , ,

Beto Kusyairi Akur Jika Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksanakan Semula

Pelakon berkaliber, Beto Kusyairi, 40, akur seandainya kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19, sejak akhir ini.

Bakal muncul menerusi filem Aku Bukan Gila arahan Rahila Ali menerusi saluran penstriman, WeTV iflix, Beto berkata, mungkin keadaan akan menyukarkan penggiat seni, namun mereka tiada pilihan selain akur sekiranya pandemik COVID-19 gagal dibendung.

“Tiada siapa yang inginkan fasa PKP dilaksanakan semula. Tentunya, ia sekali lagi memberikan tekanan dan bebanan yang berat. Bukan hanya penggiat seni terjejas, malah seluruh rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, jika itu pilihan terakhir dan jalan terbaik untuk membendung kes COVID-19 daripada meningkat setiap hari, kita harus menerimanya walaupun dalam keadaan sukar.

“Saya sedar ramai penggiat seni terkesan ketika fasa PKP dilaksanakan pada Mac lalu. Ada yang terpaksa balik kampung kerana tidak mampu bertahan dengan kos sara hidup di ibu kota. Lebih lagi, bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

“Semua orang tak mampu menghadapi PKP, tetapi jika perlu dilaksanakan demi kebaikan, apa pilihan kita, kena tempuh walaupun perit,”

– Beto Kusyairi
Filem AKU BUKAN GILA

Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman berkata, dia bersyukur sentiasa beringat mahu menyimpan kerana menyedari kerjaya sebagai anak seni mempunyai pasang surut.

“Saya bernasib baik mempunyai wang simpanan. Saya sentiasa berfikiran jauh sejak dahulu lagi. Tanpa COVID-19 sekalipun saya sudah belajar untuk beringat kerana menyedari kerjaya saya tiada gaji bulanan.

“Itulah persediaan saya sejak awal lagi. Saya pula jenis tidak suka meminta-minta. Saya sedih melihat rakan yang terkesan apabila hilang punca pendapatan dikecam. Jadi, saya kena bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku,” 

– Beto Kusyairi

Pelakon filem Istanbul Aku Datang dan Gila Baby itu berkata, dia percaya tindakan netizen yang gemar mengecam disebabkan mereka tidak berada dalam ‘kasut’ anak seni.

Tidak menyalahkan tindakan netizen, bagaimanapun Beto berharap, netizen tidak berterusan menghentam dan memperlekehkan anak seni.

“Setiap insan ada cerita dan masalah di sebaliknya. Jadi, janganlah kecam anak seni sesuka hati,” 

– Beto Kusyairi

Berkongsi mengenai filem Aku Bukan Gila terbitan Pencil Pictures And Records, Beto yang membawakan watak Andre berkata, ia berkisar mengenai kesihatan mental dan wajib ditonton oleh golongan masyarakat.

Katanya, dia berharap filem Aku Bukan Gila dapat membuka mata masyarakat mengenai isu kesihatan mental yang dipandang remeh.

Filem AKU BUKAN GILA

“Saya menerima tawaran filem ini kerana mempunyai beberapa kenalan yang menghadapi masalah mental.

“Ramai tidak memahami apa itu penyakit bipolar. Ada yang memandang remeh, jadi menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan kesedaran mengenai penyakit ini.

“Kebanyakan orang tidak sedar mereka menghidapi penyakit bipolar kerana tidak pernah membuat pemeriksaan. Saya rasa menjadi tugasan kita menyedarkan masyarakat. Paling tidak, kita perlu sentiasa memberikan sokongan kepada penghidap kerana mereka sering merasai kesunyian dan tiada siapa yang mengambil berat.

“Selain itu, saya berharap filem Aku Bukan Gila ini dapat mengubah stigma masyarakat. Orang yang kelihatan ceria, belum tentu gembira. Contoh seperti Robbin William dan Chester Bennigton yang menamatkan riwayat hidup dengan membunuh diri kerana gangguan mental,” 

– Beto Kusyairi

Filem Aku Bukan Gila menjalani penggambaran di Beddgelert, North Wales, United Kingdom pada 2018. Selain Beto, ia turut dibintangi Fasha Sandha dan Wanna Ali.

*Sumber: BH Online

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem AKU BUKAN GILA Beri Kesedaran Tentang Penyakit Bipolar Kepada Masyarakat

Tiada Rumah Selepas Ibu Meninggal, Bos Besar Shell Tawar Kerja Kepada Pemuda Ini