in , ,

Artis Miniatur Buat Penampilan Dalam Rancangan Snapchat Bersama Ryan Reynolds

Artis miniatur Malaysia, Lim Pui Wan, atau dikenali sebagai Picoworm, adalah tetamu baharu dalam rancangan Snapchat Ryan Doesn’t Know.

Dalam episod terkini, pelakon terkenal Ryan Reynolds berpeluang untuk belajar membuat miniatur pengering rambut kecil bersama Pui Wan. Rakyat Malaysia dapat mengikuti episod tersebut melalui Snapchat untuk mengetahui hasil akhir yang dibuat oleh Ryan.

Rancangan ini mempunyai 12 episod dan ia adalah kolaborasi antara Westbrook Media dan Snap. Ianya juga merupakan rancangan eksklusif di Snapchat. Episod terakhir akan disiarkan pada hari Ahad ini, 21 Februari, tetapi penonton masih dapat mengikuti episod yang disiarkan sebelumnya di aplikasi Snapchat pada bila-bila masa.

Ryan Doesn'T Know - Jpg
Ryan Doesn'T Know - Pui Wan 3
Ryan Doesn'T Know - Pui Wan 1

Untuk menonton kesemua episod, para pengguna boleh menaip “Ryan Doesn’t Know” di kotak carian, atau imbas kod ini di aplikasi Snapchat.

Tonton trailer “Ryan Doesn’t Know” di sini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fikry Kiki | 13

Mula Menyanyi di Usia 5 Tahun, Fikry Kiki Kini Ada Single Pertama Berjudul REALITI CINTA

Namanzee | 14

Qariah Terbaik Berkumpul Di Gema Haflah Fatima Al Khatab Perdengar Bacaan Al-Quran