in ,

Fikry Ibrahim Hos Siaran Langsung Bicarawara Hiburan HOTSPOT

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT”, bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu.

Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Hotspot

Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM.

Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lirik iaitu Ad Samad, Waris dan Ippo Hafiz.

Ia kemudiannya diselitkan dengan selingan temu bual berkongsi pendapat tentang perbezaan lirik dulu dengan sekarang bersama artis Jatt (Black Dog Bone), Adeep Nahar, Daly Filsuf, dan Misha Omar. Menariknya program santai ini turut berkongsi segmen bersama peminat selebriti undangan di studio. Malah dilengkapi dengan iringan muzik daripada Kumpulan Reuz Band, finalis Rentak Juara 2017.

Hos.. Fikry Ibrahim

Minggu ini, 14 Oktober 2018, nantikan topik pilihan yang bakal diketengahkan iaitu “Media Sosial Kurang Adab” bersama tiga panel undangan. Ingin mengetahui siapakah selebriti jemputan yang berkongsi kupasan topik hangat ini jangan lupa ikutinya menerusi TV Okey dan TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nickelodeon’s Paw Patrol Live! The Great Pirate Adventure

Bas Shuttle Percuma Disediakan Untuk Penonton Konsert iKON & WINNER