in , ,

Kemunculan Fikry Ibrahim di Kawasan Istana Negara Curi Tumpuan Netizen

Isu politik negara sememangnya menjadi tumpuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu lalu.

Dalam pada kesibukan para media membuat liputan di kawasan Istana Negara, pelakon Fikry Ibrahim juga turun padang untuk mengetahui perkembangan.

Fikry dilihat berjalan di sana (kawasan Istana Negara) ketika Astro Awani bersiaran secara langsung dan ianya sempat dirakam netizen.

Fikry kemudiannya berkongsi potongan video daripada netizen itu sambil berseloroh mengatakan dia ke sana untuk menghantar SD.

Kemunculan Fikry Ibrahim di Kawasan Istana Negara Curi Tumpuan Netizen

Bagaimanapun, SD yang dimaksudkan adalah Secure Digital, bukanlah akuan bersumpah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian dan jenaka Fikry itu. Malah ada juga yang membalas seloroh dengan mengatakan Fikry bakal menjadi Perdana Menter Malaysia yang ke-10.

Macam-macam kerenah netizen. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk pentadbiran dan kemakmuran negara kita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PAVILION BUKIT JALIL

Pavilion Bukit Jalil Dilaporkan Bakal Dijual Pada Harga RM2.2 Bilion

AZHARI ZAIN

Pengarah Filem Azhari Zain Meninggal Dunia di Usia 50 Tahun