in , ,

FIGHTER Lagu Tema Filem SANGKAR dari Aman RA

Pada 16 Julai 2019, satu lagi sejarah tercipta. Sebuah filem aksi hebat berjudul SANGKAR telah dilancarkan di Battle Arena, Jaya Shopping Centre.

Tahniah buat penerbit yang menggabungkan bukan dua, bukan tiga tapi empat produksi terbitan gergasi negara iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment di atas pelancaran filem ini.

Filem ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James “Sledgehammer” Mcsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Filem yang menjadi filem Melayu pertama yang menampilkan Mixed Martial Arts atau MMA ini bakal menggegarkan gelanggang pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 29 Ogos 2019.

Selain pelancaran poster dan trailer, sebuah lagu tema filem ini turut diperdengarkan kepada para media dan peminat yang hadir. Lagu berjudul FIGHTER dibawa oleh seorang penyanyi hip hop atau rapper yang semakin menonjol bernama Aman RA.

Lagu ini turut dilancarkan di Spotify dan turut ditayangkan di saluran Youtube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang NAURA SHARES Edisi Haji

Jom Sertai Uji bakat Bintang Klasik 2019