in , ,

Fian Ali Buka Lembaran 2021 dengan Lagu ALA SHAYANG Berentak Pop Catchy

Sesuai dengan kematangan dari tahun ke tahun, Fian atau nama sebenarnya Mohd Sufian Mohd Ali telah lama berkecimpung dalam seni hiburan tempatan sejak 2011 lagi. Kerjaya seninya bermula dengan lakonan dan antara filem dan drama yang pernah dibintanginya termasuklah filem Aku Ada Kau Ada, Tokan serta telefilem Khalifahkah Aku dan D’Kayangan.

Melihat pada penerimaan yang positif terhadap lagu Semakin Benci Semakin Rindu, Fian Ali membuka lembaran 2021 dengan lagu ALA SHAYANG. Trend muzik yang lebih fresh dan catchy membuatkan diri memilih konsep ini untuk single keduanya. ALA SHAYANG juga menjadi pilihan untuk dijadikan runut bunyi untuk Drama Baby Tak Gila yang bakal bersiaran pada Mac ini.

Alif Fian Ali

Bagi Fian Ali, walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali dengan ALA SHAYANG namun dia sangat berpuas hati dengan sususan muzik memandangan ia menyuntik elemen lebih segar dan easy listening.

Lagu yang berentak pop catchy membuatkan dia sangat selesa dengan jalan cerita menerusi lirik yang dihasilkan oleh komposer muda, Sheikh Baseer.

“Saya melihat lagu ini sebagai satu platform untuk saya kembali mengambil hati peminat yang selama ini telah menyokong single pertama saya Semakin Benci Semakin Rindu. Walaupun muziknya berbeza tetapi ianya sesuatu yang lebih baru untuk tahun 2021 dan memberi sesuatu kelainan dari sisi saya sebelum ini,” kata penyanyi berusia 25 tahun ini.

“Tidak dinafikan ramai yang bertanya mengenai comeback saya dalam bidang nyanyian walaupun dengan hanya satu single yang terdahulu namun saya sangat bersyukur kerana nyanyian saya dapat diterima semua”.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pengurusan saya, Pencil Pictures & Records Sdn Bhd kerana bertungkus lumus memastikan single kedua ini disiapkan pada tahun ini juga walaupun berdepan dengan pandemik Covid 19.

Bercerita lebih lanjut mengenai proses rakaman, Fian Ali merasakan ianya lebih bebas kerana lirik dan susunan muzik yang tidak memerlukan feel atau emosi seperti single yang pertama dahulu.

“Just be yourself and enjoy” itu yang saya pegang sepanjang rakaman lagu ini dilakukan.

Alif Fian Ali

Namun ketika rakaman video muzik lirik dijalankan bersama team Indigital Sdn Bhd saya agak sedikit malu kerana perlu lebih”gatal” dalam segi reaksi wajah dan perlu menggerakkan bahasa badan namun segalanya berjalan dengan lancar.

ALA SHAYANG sudah pun berada di saluran YouTube Indigital Music sejak 19 Februari yang lalu dan ianya juga boleh distrim melalui semua platform digital.

Lagu ini diterbitkan oleh Pencil Pictures & Record dan diedarkan oleh Indigital Music. Lirik Video Ala Shayang nyanyian Fian ali boleh ditonton di YouTube Indigital Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Enam Destinasi Untuk Berehat Daripada Keriuhan Bola Sepak

MY BOO Buah tangan Sulung Alif Ali, Timba Pengalaman Pertama Merakam Lagu