in , ,

MY BOO Buah tangan Sulung Alif Ali, Timba Pengalaman Pertama Merakam Lagu

JIKA abangnya Fian Ali sudah menghasilkan lagu sebelum ini, Alif Ali, 16 tahun juga memberanikan diri untuk merakamkan lagu MY BOO yang dijadikan single pertama dalam memulakan kerjaya seninya.

Mempunyai karektor yang sedikit pemalu berbanding dengan Fian mahupun kakaknya Wanna Ali yang terlebih dahulu menerobos industri seni, Alif menjadikan kedua-dua mereka sebagai contoh untuk melangkah setapak demi setapak ke dalam industry.

Alif Fian Ali

“Memang saya agak pemalu untuk memulakan langkah dalam bidang ini. Tapi apabila melihkatkan kedua-dua mereka sudah ke hadapan, saya buang perasaan malu itu. Maka, saya memberanikan diri merakamkan lagu My Boo.

“Bila masuk sahaja ke studio rakaman, banyak perkara baharu yang saya pelajari. Seronok juga sebenarnya masuk ke studio rakaman,” kata Alif yang berharap kehadirannya akan diterima ramai oleh peminat.

Pun begitu Alif mendedahkan yang proses untuk merakamkan lagu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jika dahulu dia menganggap proses rakaman mudah untuk dilalui, hakikatnya tidak seperti yang digambarkan.

Dedah anak ketiga daripada lima adik-beradik ini lagi, dia perlu memahami proses rakaman satu persatu sebelum proses rakaman selain memberikan jiwa kepada setiap lirik yang ada.

My Boo merupakan lagu ciptaan Sheikh Baseer turut dirunut bunyi drama Baby Tak Gila yang sudah ditayangkan di Unifi TV pada 10 Mac hadapan. Sudah tentu ini merupakan peluang terbaik untuk lagunya diterima ramai.

Lagu yang begitu dekat dengan jiwa remajanya ini dilancarkan melalui YouTube Indigital Music pada 26 Februari 2021, pukul 9 malam.

Alif Fian Ali
Alif Fian Ali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fian Ali Buka Lembaran 2021 dengan Lagu ALA SHAYANG Berentak Pop Catchy

Izara Aishah Buat Comeback dalam Drama MISS MATCH Tonton Secara PERCUMA di WeTV