in ,

Fenomena Kepala Air Landa Kaki Gunung Jerai Sebabkan Banjir di Beberapa Kawasan

Penduduk di lebih 10 kampung dan banyak taman perumahan di sekitar Yan, Gurun dan Tupah dilanda banjir kilat ekoran dari fenomena kepala air dari beberapa kawasan peranginan air terjun di kaki Gunung Jerai,Kedah petang tadi.

Difahamkan kawasan peranginan yang dimaksudkan ialah Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar.

Menurut Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang kebetulan tinggal di kawasan itu, kejadian tersebut berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

“Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.”

Fenomena Kepala Air Landa Kaki Gunung Jerai Sebabkan Banjir Di Beberapa Kawasan

Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga merosakkan kawasan itu” katanya dipetik dari Awani.

Video dan foto kejadian turut tular di media sosial dikongsikan penduduk-penduduk di kawasan berhampiran yang turut terjejas.

Terdengar Deruan Air Kuat

Menerusi laporan Kosmo! Seorang penduduk di Kampung Perigi, Zamzurina Ab. Rahman, 45, memberitahu dia yang berada di ruamh secara tiba-tiba terdengar deruan air kuat dari kawasan Seri Perigi pada jam sekitar 3.30 petang.

Dia kemudian bergegas ke kawasan tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah nya dan terlihat limpahan air akibat kepala air yang turun dari air terjun.

“Keadaan air deras yang turun dari kawasan air terjun itu sangat menakutkan yang mana air turut melimpah ke beberapa rumah dan chalet berhampiran,” katanya kepada Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Leher Dicekik & Kaki Ditarik, Bella Astillah Kongsi Pengalaman Diganggu Mahkluk Halus

Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Bakal Dilantik Jadi Perdana Menteri Ke-9