in ,

Ada Sebab Fattah Amin Lancar 99 KATA-KATA #QALIFMODEN

“99 KATA-KATA #QALIFMODEN FATTAH AMIN” buku yang diterbitkan kata-kata yang lahir dari diri Fattah Amin. Perkongsian tips, kata-kata positif, nasihat dan impian untuk Fattah Amin terus belajar menjadi insan yang sempurna dan berguna serta menjadi inspirasi kepada semua terutama adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya. Kata-kata yang lahir dari diri Fattah Amin dikongsikan kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong kariernya dari awal kewujudannya di dalam industri sehingga kini.

“Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa.. kelakarkan” Fattah Amin

Disebalik perkongsian kata-kata di dalam buku ini, terlindung 1001 rahsia di belakang maknanya. Petikan di atas, apa yang ingin diketengahkan oleh penulis, tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Letaklah setinggi mana anganmu, hamparkan usaha, nescaya pasti akan tercapai apa yang diimpikan.

Kesimpulan pengisian kata-kata dari buku ini dihasilkan untuk pembaca membaca dan berfikir kerana semua ini lahir dari pengalaman Fattah Amin sendiri. Setiap kata- kata mempunyai maksud yang tersirat dan membolehkan sesiapa yang membaca boleh berfikir mengikut imaginasi masing-masing tanpa paksaan.

Penggunaan kata di dalam buku ini, Fattah Amin lebih gemar untuk menggunakan ayat yang ringkas dengan makna yang mendalam. Dengan penggunaan ini, insyaAllah pembaca akan menjadikan buku ini lebih dekat dan lebih menjiwai setiap kata-kata yang dikongsikan.

Menggunakan hardcover, material kertas yang berkualiti tinggi, dan grafik yang ekslusif dengan harga RM50 (Sem. Malaysia) dan RM53 (Sabah/Sarawak) anda boleh dapatkan buku 99 KATA-KATA #QALIFMODEN FATTAH AMIN bersama CD Single Ekslusif Wanita Terakhir versi radio dan istimewa versi akustik yang tidak boleh didapati di mana-mana, cuma hanya dengan pembelian buku ini.

Turut disertakan juga gambar-gambar ekslusif yang dikongsi istimewa hanya boleh didapati di dalam 99 KATA-KATA #QALIFMODEN FATTAH AMIN sahaja.

Buku ini telah dilancarkan di ruang legar Nu Sentral yang dianjurkan oleh MPH Nu Sentral pada 11 Februari 2017, jam 2 petang.

Turut bersama di dalam pelancaran buku ini adalah Aizat dan KGE.

Single Wanita Terakhir nukilan kerjasama Kasi Gegar Entertainment dan FASTYLE yang dilahirkan untuk Fattah Amin. Buku ini boleh didapati di online Idea Kreatif, online MPH, semua outlet MPH seluruh Malaysia dan juga di Stalker Café milik Fattah Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gandingan Paling Sweet Mawar Rashid & Syafiq Kyle dalam SUAMIKU PALING SWEET

Peraduan Premiere With Budiey Filem GUARDIANS