in ,

Fathia & Tasha Shila Bermusuh Kerana Pekin Ibrahim Dalam BEJAT

Menampilkan gandingan pelakon Nur Fathia, Tasha Shila, dan Pekin Ibrahim turut dibantu oleh Balkisyh Semundur Khan dan Wan Shades, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi paparan konflik dua beradik yang bermusuhan sejak kecil dek kerana rasa cemburu si kakak terhadap kelebihan yang dimiliki adiknya dalam sebuah telemovie bertajuk “Bejat”.

Untitled

Nur Fathia dan Tasha Shila Bermusuh Kerana Pekin Ibrahim Dalam Telemovie “Bejat” Di TV2

[dropcap]N[/dropcap]amun hakikatnya hubungan adik-beradik ibarat air yang dicincang tidak putus. Niat kakak yang ingin menebus semula kesalahan yang pernah dilakukan telah disalah anggap oleh adik. Tambahan pula wujud orang ketiga yang menjadi duri dalam daging.

Disiarkan pada 15 Januari ini, pukul 2.00 petang di TV2, kisah bermula apabila dua adik beradik, Sarah dan Samira membesar sebagai pendendam dan saling benci membenci sesama sendiri. Puncanya kerana cemburu, dengki dan sering berburuk sangka.

Sarah, anak sulung mewarisi sikap pemarah ayahnya. Apatahlagi sebagai anak sulong dia tanggungjawab menjaga rumah dan adiknya Samira, membuatkan dia bersikap sangat keras. Malah, Sarah sering mencemburui Samira yang lebih sempurna dan cantik. Sarah juga akan dipukul atau dimarahi Hamzah dan Salina sekiranya gagal melaksanakan tugas di rumah dengan baik. Ini tidak berlaku pada Samira yang sering dipertahankan walau berbuat salah. Dek kerana itu juga, Sarah berdendam dan menjadikan Samira alat pelepas kemarahan. Mereka saling membenci.

Suatu ketika mereka bercuti di air terjun Sarah hampir lemas dan Samira cuba membantu namun Sarah mengambil kesempatan itu untuk membalas dendam lalu menarik tangan Samira hingga Samira terjatuh ke dalam air. Namun Sarah terkejut apabila melihat Samira selamat.

Sejak itu, dari remaja hingga dewasa, Samira enggan bercakap dengan Sarah lagi. Samira menggangap kakaknya seorang pembunuh kejam yang cemburu dengan kecantikan adik sendiri. Samira berpindah ke asrama dan menjalinkan hubungan cinta dengan Hairi, yang menyelamatkannya ketika lemas itu.

10 tahun kemudian, Hamzah dan Salina mati akibat kemalangan setelah kereta terjunam ke dalam gaung. Sarah masih andartu kerana terlalu keras kepala hingga sering gagal dalam cinta. Sementara Samira telahpun mengahwini Hairi, seorang akauntan yang kelihatan lurus bendul.

Tanpa diduga, Sarah ingin merebut Hairi dari Samira hingga sanggup berkerja di pejabat yang sama dengan Hairi. Sarah dilihat seolah cemburu dengan kebahagiaan Samira itu. Maka, berlaku adegan menggoda antara Sarah dan Hairi, pertelingkahan antara Sarah dan Samira serta pergaduhan besar antara mereka bertiga hingga peristiwa ugutan bunuh diri oleh Sarah dan sebagainya.

Hairi cuba mengawal keadaan, walaupun pada mulanya dia telah cair dengan godaan Sarah. Kerana rasa bersalah pada isteri, Hairi menafikan cinta Sarah. Sarah semakin marah, lalu menculik Ana, untuk dijadikan anaknya sendiri. Dan di rumahnya, Ana diperkenalkan pada neneknya, Salina, yang sebenarnya hanyalah sebuah patung. Baru diketahui bahawa Sarah mengalami masalah mental obsesif dan mengandaikan ibunya masih hidup.

Ketika Samira dan Hairi menjejaki Ana hingga ke rumah Sarah, mereka menjumpai patung ibunya, lalu terus menuduh Sarah sebagai psycho dan dialah juga yang telah membunuh ibu bapa mereka. Apatah lagi apabila terlihat labah-labah hitam yang masih dipelihara Sarah, mengingatkan kembali peristiwa bilamana terdapat labah-labah hitam di dalam kereta ketika kemalangan tersebut.

Berlaku pergelutan mengakibatkan Sarah jatuh dari tingkat 3 kondominum dan Sarah koma. Sepanjang Sarah koma, labah-labah sering berkeliaran di rumah Samira. Samira hairan dan takut. Mana mungkin kakaknya boleh bangun menakutkan dia sedangkan dia terlantar koma di hospital? Adakah ianya ada kena mengena dengan Hairi?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apa Yang Best Guna Bluetooth Multi-Device Keyboard k480

Reen Rahim & Nadia Brian Meriahkan Pelancaran Produk Nutriskin