in ,

Reen Rahim & Nadia Brian Meriahkan Pelancaran Produk Nutriskin

Syarikat Nu Age Worldwide pada 31 Disember ini, hari khamis lalu telah melancarkan produk makanan kesihatan dan kecantikan Nutriskin yang diadakan di Flora Tarrace, Hampshire pada Khamis.

Pengasas Nu Age Worldwide, Arif Safwan Azman berkata, produk ini mempunyai pelbagai kelebihan dalam menjaga kecantikan setiap individu.

Untitled

“Kelebihan produk ini sudah semestinya menjadikan kulit lebih cerah daripada dalam. Ia juga mampu menghilangkan jerawat dan jeragat dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, ia juga baik kepada pengguna wanita yang sering mengalami masalah senggugut ketika haid,” ujarnya.

Arif berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis pelancaran tersebut.

Selain Nutriskin, Nu Age Worldwide turut mempunyai pencuci muka Geboo dan bakal keluar dengan pelbagai produk kecantikan pada masa akan datang. Dalam pada itu, menyentuh misi utama syarikat Nu Age Worldwide, Arif berkata, syarikatnya bersaing untuk membangunkan variasi produk di bawah pelbagai jenama dengan kualti yang terjamin.

“Kami mengutamakan inovasi, kualiti dan keselamatan produk bagi dinikmati oleh manusia sejagat,” ujarnya.

Produk ini boleh didapati secara online di laman sesawang www.11street.my dengan harga RM180.

Selain itu, majlis pelancaran turut dimeriahkan kehadiran dua pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Reen Rahim dan Nadia Brian.

Pihak syarikat juga kini masih mencari duta yang paling sesuai untuk membawa produk Nutriskin lebih dekat kepada masyarakat.

Untitled

Untitled

Untitled

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fathia & Tasha Shila Bermusuh Kerana Pekin Ibrahim Dalam BEJAT

Program Realiti SEMANIS FONDANT Ajar Cara Hias Kek