in ,

Fasha Sandha & Jejai Sah Bercerai Talak Satu

Kisah kontroversi rumahtangga artis bercerai tahun 2016 nampaknya dibuka tirai dengan berita perceraian pelakon Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32 yang diberitakan telah sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.

Untitled

Fasha Sandha, 32 terdahulu memohon perceraiannya mengikut Seksyen 47 akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada hari Isnin lalu, bersamaan 18 Januari 2016.

Dengan itu, Fasha telah sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli. Fasha selaku plaintif diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.

Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media. Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

Untitled

Fasha Sandha berkata sambil menitiskan air mata kesedihan:

“Perceraian ini adalah Jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua anak saya, Putra Rayfal 2 tahun, dan Putri Raysha 1 tahun.”

Fasha tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan. Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

Di Instagram, Fasha memuat naik status bersama ayat-ayat yang menggambarkan luahan perasaannya:

Untitled

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Adele Bakal Nyanyi Lagu HELLO di Anugerah Grammy

Maharaja Lawak Mega 2016 Gabung Pelawak Baru & Otai