in

Farawahida, Nora, Fazli Zainal, Anuar di Kejutan Hari Jadi Ziana Zain

Bill Borra dan Rafflesia telah meraikan satu majlis kejutan hari jadi Ziana Zain yang ke 40. Menurut Bill sendiri, Ziana Zain merupakan seorang kawan yang sangat rapat dengannya. Jadi, tidak salah kiranya majlis sebegitu grand diadakan untuk menghargai dan meraikan penyanyi bersuara lantang itu bersama rakan lain dan para media.

Dihadiri oleh sebilangan rakan-rakan artis seperti Fazli Zainal, Farawahida, Nora, Anuar Zain dan rakan media, majlis yang diadakan di The Grand Salon, Level 8, Hotel Meridien, Kuala Lumpur Sentral ini turut memperkenalkan set barang kemas eksklusif dan terkini iaitu set barang kemas permata rubi Mandalay bernilai RM3.8 juta. Ia terdiri daripada rantai bertatahkan permata dan batu rubi (52.61 carats), subang bertatahkan permata dan batu rubi (12.67 carats) dan cincin rubi bertatahkan berlian (3.16 carats).

Anuar Zain turut menerima kucupan sayang dari kakaknya.

Ziana Zain turut menerima hadiah daripada rakan-rakannya, pereka fesyen; Rizman Ruzaini dan sepasang persalinan sut dari Lord’s Tailor. Pereka Rizalman juga turut hadir pada majlis yang diraikan dalam jamuan makan ringkas. Penyanyi yang meningkat usia 40 tahun itu turut mengundang Farawahida bagi menyanyikan beberapa lagu Ziana Zain. Untuk pengetahuan, Farawahida sebenarnya meminati Ziana Zain dan selalu mempertaruhkan lagu Ziana dalam siri pertandingan yang disertainya.

Fazli Zainal pun peminat Ziana ke?

Ziana Zain menerima set barang kemas dari Rafflesia

Tidak sah kalau Ziana Zain tidak menyanyi lagu beliau. Untuk hiburan semua, Ziana menyanyikan lagu Jejak Kasih, Madah Berhelah dan sebuah lagu terbaru yang akan dimuatkan dalam album terbarunya nanti.

Tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi semoga dipanjang usia, dirahmati rezeki berkekalan dan hidup diberkati sentiasa.

Life begins at 40. So, enjoyyyyyyzzzz.

[tags]ziana zain, birthday, anuar zain, nora, farawahida, winnie, rafflesia website, atma, awek, lirik ziana, mp3, download, tips buat baju, kek, cake, bathroom, bilik mandi, aksi ziana, problogger.net, budak boy, money boy, idola mak nyah, fully loaded, girl, guest, rizalman website, guest blogger, intai, kem sg besi, kilometer, afgan songs, downloader, lembah echo, lembah foxtrot, sejarah muzik, aim15[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adlin Aman Ramli Pakai Rantai Salib?

Datuk Jalaluddin Hassan Pegang Watak Lembut Dalam Filem Shhh… Dia Datang