Datuk Jalaluddin Hassan Pegang Watak Lembut Dalam Filem Shhh… Dia Datang

Mungkin disebabkan kejayaan membawa watak Abang Chu dalam teater muzikal Patung Kertas, Datuk Jalaluddin Hassan sekali lagi mahu mencuba watak lembut. Masih tidak puas hati lagi, katanya. Tapi kali ini dalam filem komedi Shhh… Dia Datang, Datuk Jalal membawa watak lelaki lembut bernama Mar seorang jurumekap yang ‘patah’ dan lebih sifat keperempuanannya.

Biasanya, kalau pelakon lelaki sejati seperti Datuk Jalal berlakon sebagai watak Mak Nyah, lambat laun mungkin suatu hari nanti akan dapat anugerah. Mungkin anugerah pelakon lelaki terbaik sebagaimana yang telah dimenangi oleh Rusdi Ramli yang membawa watak pondan dalam filem Waris Jari Hantu. Apakah anugerah yang dikejar oleh Datuk Jalal? Sama sekali tidak, katanya.

Baginya, pelakon yang bagus adalah pelakon yang bijak membawa pelbagai jenis watak. Inilah yang mahu dibuktikan oleh Datuk kerana penonton sudah bosan dengan watak klise nya dalam drama. Biasanya, kalau tidak watak Datuk, watak ayah… mungkin watak lelaki tua ganyut yang gatal. Watak sebegini dah biasa dibawa oleh Datuk Jalal. Jadi, bagi Budiey, ini adalah langkah yang baik untuk Datuk Jalal mengembangkan kredibilitinya dan karisma sebagai seorang pelakon.

Watak lembut ini memerlukan Datuk Jalal menjadi seorang jurumekap yang lembut di lokasi pengambaran. Untuk menjiwai watak sebegini, tidak susah bagi beliau kerana pergaulan yang luas dengan golongan lembut. Yelah, dalam industri hiburan kan ramai lelaki lembut. Tak kiralah, dari pelakonnya, jurumakepnya, wartawannya… mmm… memang tak boleh larilah.

[tags]datuk jalaluddin, hassan sarjan, mak nyah, pondan, transeksualiti, jurumekap, ciri wanita disukai lelaki, gadis ayu, dewan bandar raya kuala lumpur, dressage, equestrian malaysia, horse back riding, horse riding lessons, how to unlock iphone, iphone, malaysian equestrian, mobile phone, SARI YANTI tak pakai tudung, showjumping kuala lumpur asiapromote, Love & Relationships, love and romance, love issue, love problems, masalah cinta, perwatakan lelaki, valentine 2008[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farawahida, Nora, Fazli Zainal, Anuar di Kejutan Hari Jadi Ziana Zain

Gambar Sekitar Pelancaran Drama KERANA KARINA 2 Terbitan Portal GUA