in ,

Lepas Menang ABP, Farah Nabilah Tak Mahu Letak Harga Mahal

Tahniah buat Farah Nabilah yang telah berjaya merangkul Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31. Selepas ni, pastinya rezeki Farah Nabilah makin lebat. Masyukkkkk.

Sejurus merangkul trofi kemenangan, Farah bertemu media untuk bertanyakan soalan. Farah Nabilah mengatakan beliau enggan mempersiakan peluang yang sedang terbentang luas.

Beliau juga tidak akan meletakkan harga yang tak masuk akal selepas ini. Farah yakin penerbit bijak dalam menentukan bayaran untuk pelakon yang menjayakan produksi mereka.

Momen Farah Nabilah Menang Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2018

“Kalau saya letak harga mahal, orang tak mahu ambil saya berlakon pula. Saya yakin, penerbit lebih arif menentukan harga yang sesuai dengan kredibiliti setiap pelakon.”

Bermula dengan watak tempelan menerusi drama, Mak Pengantin Tak Popular pada 2011, Farah, 26, hanya meraih peluang membawa watak utama pada 2015 menerusi drama, Inikah Cinta. Namun, namanya hanya menyerlah selepas membintangi Titian Cinta bersama Zul Ariffin, tahun lalu.

Sedang rancak disiarkan sekarang, adalah drama episod CIK REEN ENCIK NGOK NGEK, sebuah drama komedi romantik di Astro.

Demi CIK REEN ENCIK NGOK NGEK Fikry & Farah Sanggup Terbang ke APM2018

Mengenangkan liku perjalanannya sebelum berada di zon yang boleh dianggap selesa, Farah atau nama lengkapnya, Farah Nabilah Saipuddin berkata, langkahnya bermula dengan kepahitan.

“Saya pernah menjadi pelakon tempelan dan tidak dibayar. Pernah juga saya dihulurkan RM80 untuk kerja yang dilakukan dari pagi hingga malam. Apabila menonton drama itu, wajah saya langsung tidak keluar. Ketika itu, saya tidak kisah dibayar ‘ciput’.

“Saya tidak mengenali sesiapa dalam industri dan ahli keluarga juga tiada yang berminat menjadi pelakon. Saya terpaksa bekerja keras selama lebih tiga tahun untuk menempatkan diri. Alhamdulillah, usaha yang tidak pernah mengenal erti lelah pastinya akhirnya membuahkan hasil,”

Ketika hatinya puas apabila mampu menggenggam dua anugerah dalam masa yang singkat, terbit juga kebimbangan dalam diri wanita cantik ini. Akui Farah, dia belum menganggap dirinya dalam zon selesa.

“Saya tidak mahu dianggap netizen tidak layak menerima anugerah kerana melakukan kerja sambil lewa. Tanggapan itu sedikit sebanyak pasti memberi kesan di hati. Saya harus membuktikan hasil kerja dan lakonan saya layak diiktiraf.

“Saya tidak mahu lagi bersandarkan kepada popular semata-mata, sebaliknya perlu memastikan hasil kerja berkualiti,”

Anak sulung daripada enam beradik itu juga bimbang jika mudah lupa diri apabila namanya mula disanjung.

Farah juga tak memilih watak dan akan mengekalkan prinsip itu.

Disebabkan itu katanya, dia sentiasa menjaga tindak-tanduk dan batas pergaulan supaya tidak dicemuh masyarakat.

“Saya sering berpesan kepada ibu, tegurlah jika saya nampak semakin berubah. Keluarga memang melepaskan saya, tetapi jika keterlaluan, mereka menarik semula. Mungkin kerana itu, saya masih lagi tinggal bersama keluarga.

“Saya takut diuji ketika berada di puncak. Sekurang-kurangnya, saya masih ada keluarga untuk menasihati jika tersalah langkah,”

Farah Nabilah akan terbang ke Eropah selama sebulan untuk menjalani penggambaran telefilem dan program travelog pengembaraan, pertengahan bulan ini.

Ini adalah program pertama Farah sebagai pengacara.

Farah juga akan menjayakan pengambaran filem pertamanya yang akan bermula tahun depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terlibat Kemalangan Jet Ski Hilang Kawalan

Amelina Akhirnya Buat Pengakuan di GEGAR VAGANZA