in , ,

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terlibat Kemalangan Jet Ski Hilang Kawalan

Pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal berdepan pengalaman cemas apabila mereka terbabit dalam kemalangan jet ski di Langkawi semalam.

Kejadian malang itu berlaku apabila jet ski yang dinaiki mereka dilanggar kenderaan yang dipandu oleh kakak Wawa.

Bagaimanapun, pasangan yang kini sedang bercuti itu itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Aeril Wawa

“Bahaya betul bagi perempuan bawa jet ski ini. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni,” tulisnya pada kapsyen video berdurasi satu minit itu di Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan kelihatan Aeril sedang merakam sebuah jet ski yang dipandu oleh seorang wanita yang kemudiannya menghala ke arah mereka sebelum ia hilang kawalan.

Wawa Zainal sempat menjerit dan hanya mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan perut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Perkara Ini Yang Dirindui Oleh Saleem Sebelum Meninggal Dunia

Lepas Menang ABP, Farah Nabilah Tak Mahu Letak Harga Mahal