in , ,

Risau Dugaan Bertunang, Farah Nabilah Mahu Terus Kahwin

Risau melihat dugaan dialami pasangan bertunang, pelakon, Farah Nabilah, cuba mengelak daripada melalui fasa berkenaan, sebaliknya mahu terus berumah tangga.

Menurut bintang Halalkan Hati Yang Ku Curi itu, pelbagai dugaan perlu ditempuh mereka yang berada dalam tempoh pertunangan sedikit sebanyak membuatkan dirinya bimbang.

Tya Arifin, Farah Nabilah &Amp; Kilafairy Bersatu Demi Asyraf Khalid

“Kalau boleh, saya mahu mengelakkan pertunangan. Lebih baik saya terus sahaja mendirikan rumah tangga. Saya perhatikan, bermacam-macam dugaan dilalui oleh pasangan bertunang, sekarang.”

“Kalau perlu juga bertunang, saya mahu ia diadakan secara senyap-senyap. Biasalah, apabila heboh sudah bertunang, ada sahaja gangguan dan dugaan menjelma,”

– Farah Nabilah

Farah Nabilah ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Nivea, baru-baru ini.

Mengakui sudah mempunyai pilihan hati, Farah berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini mengenai impian untuk menamatkan zaman solo sebelum Syawal, tahun depan.

“Insya-Allah, kalau bukan tahun ini, mungkin kami berkahwin tahun depan. Jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan kongsi bersama umum,”

– Farah Nabilah

Farah Nabilah juga calon awal Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 dalam beberapa kategori.

Sementara itu, sikapnya yang kurang gemar menonjolkan diri di media sosial mendapat perhatian ibunya sendiri.

“Saya memang tidak suka terlalu menonjolkan diri. Bukan sekadar di media sosial, malah di alam realiti. Jika tiada kerja, saya lebih suka duduk di rumah.

“Mak saya pula memang peka dengan perkara seperti ini. Memandangkan sudah setahun saya bekerja tanpa pengurus, dialah yang akan memberi segala pandangan, termasuk berkaitan pemilihan tawaran drama,”

– Farah Nabilah

Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata walaupun kerap ditegur kerana kurang mempromosikan diri sebagai selebriti, dia tetap selesa dengan cara sebegitu, malah percaya, hanya hasil lakonan yang memberikan impak kepada peminat.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Senrose | 23

Drama Adaptasi Novel BIAR JADI KAKTUS Arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar

Shuk | 24

Kerana Mudah Percaya, Floor 88 Terpedaya dalam ICSYVMY