in , ,

OMG!OMG! LoveLove SEDIHSEDIH CuteCute WinWin HAHAHA!HAHAHA!

Drama Adaptasi Novel BIAR JADI KAKTUS Arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar

Drama bersiri adaptasi novel “Biar Jadi Kaktus” yang menggandingkan pelakon cantik Uqasha Senrose bergandingan dengan Atoi Tohet menemui penonton mulai 24 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.

Drama bersiri adaptasi novel BIAR JADI KAKTUS arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar yang menggandingkan pelakon cantik Uqasha Senrose bergandingan dengan pelakon baru Atoi Tohet menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 24 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.

Menerusi 13 episod siarannya, premis cerita drama penuh konflik kekeluargaan ini turut menampilkan lakonan Ziela Bakarin, Shakilla Koriri, Syafiq Sahli, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Shahrolnizam, Nor Albaniah, Kenji Sawahi dan Juita Johari.

watak utama Biar Jadi Kaktus

Drama inibermula dengan babak ‘imbas kembali’, Syakila yang terkenang zaman kecilnya yang sering dipukul oleh bapa tirinya. Syakila mengajak ibunya mencari ayahnya dan seorang lagi kakak kembarnya yang telah dilarikan ayahnya.

Kini, ibunya telah meninggal dunia dan Syakila hidup bersama bapa tirinya, Pak Seman seorang pemarah, dan gemar berjudi. Syakila mempunyai sahabat babik iaitu Seha dan Azlan. Mereka bertiga akan mengambil keputusan peperiksaan SPM pada hari itu. Selain itu, Syakila juga bekerja sebagai pembantu warong dan apabila menerima wang upahan semuanya diambil oleh Pak Seman.

poster Biar Jadi Kaktus di TV2

Pak Seman berterusan mendera Syakila. Azlan, bersimpati kepada Syakila. Pak Seman merampas semua wang upah yang diterima oleh Syakila semasa dia bekerja sebagai pembantu di sebuah resort. Setiap hari Pak Seman berjudi dan kalah. Kemuncaknya bila Pak Seman berjanji mahu mengahwinkan Syakila dengan Pak Babu untuk melunaskan hutangnya.

Satu malam, Pak Babu telah datang dan cuba untuk memperkosa Syakila. Sementara itu, Fidaus yang pernah berkenalan dengan Syakila asyik mencari dan ingin mengetahui tentang Syakila.

Syakila yang dipaksa bernikah dengan Pak Babu oleh Pak Seman, kononnya untuk menutup aib keluarganya. Namun takdir menyebelahi Syakila kerana Pak Seman hanya bapa tiri dan tidak layak menjadi wali pernikahan itu.

Dengan pertolongan Seha, Syakila melarikan diri daripada majlis pernikahan tersebut. Pada satu suasana yang lain pula, Firdaus terus mencari Syakila kerana mahu memenuhi janjinya untuk memperisterikan Syakila.

Syakila yang melarikan diri daripada rumahnya tiba di Kuala Lumpur. Syakila telah bertemu dengan Firdaus seorang lelaki yang sering diingatinya sejak pertama kali mereka bertemu di sebuah resort dahulu.

Dengan pertolongan Firdaus, Syakila diberi tempat tinggal buat sementara waktu. Sementara itu di kampung, Pak Seman dijumpai jatuh pengsan di rumahnya. Azlan dan Seha cuba membantu Pak Seman.

Seterusnya Syakila diterima bekerja sebagai setiausaha di syarikat kepunyaan Firdaus dan keluarganya. Hubungan antara Syakila dan Firdaus semakin intim dan pada suatu hari Firdaus telah mengundang Syakila makan malam di rumah keluarganya.

Semasa bertemu dengan keluarga Firdaus Syakila menceritakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada dan bapa tirinya baru sahaja meninggal dunia. Seha mendapat tahu tempat tinggal dan pejabat Syakila di Kuala Lumpur.

Azlan datang ke Kuala Lumpur menemui Syakila dan berterus-terang mengajak Syakila berkahwin dengannya. Seha juga diterima bekerja di syarikat Firdaus. Manakala, Pak Babu sudah mendapat alamat Syakila di Kuala Lumpur dan dia berusaha mencari Syakila.

Atoi Tohet dan Uqasha Senrose… watak utama

Pada suatu hari Firdaus menyatakan kepada Syakila bahawa dia akan bertugas di Jepun selama 10 bulan dan meminta agar Syakila tetap setia menunggunya pulang.

Sepeninggalan Firdaus ke Jepun Syakila amat kecewa apabila mendapati bahawa dirinya mengandung disebabkan dirinya telah diperkosa oleh Pak Babu. Pak Babu giat mencari Syakila hingga ke Kuala Lumpur. 

Ketika itu muncul watak kakak kembar Syakila iaitu Syakira yang tinggal dengan ayahnya Idris Leong. Syakira dipaparkan hidup dalam keadaan mewah dan gemar berfoya-foya.

Perangai buruk Syakira ini menimbulkan masalah kepada bapanya. Pada suatu hari Azlan datang memberikan sepucuk surat kepada Syakila dan isi surat itu menyatakan bahawa bapanya sentiasa merindui Syakila dan ibunya. Azlan juga menegaskan kepada Syakila bahawa dia amat mencintai Syakila dan sanggup menanti Syakila sampai bila-bila.

Syakila terus menderita apatahlagi kandungannya semakin membesar. Tambahan pula dia semakin tertekan apabila Datin Habsah memperkenalkan kepadanya seorang lelaki ‘bapa ayam’.

Akhirnya Syakila mengambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung menemui Azlan. Di kampung Syakila dijaga oleh ibu saudara Azlan dan Syakila selamat melahirkan anak. Malangnya anak itu meninggal dunia. Manakala di Kuala Lumpur, Firdaus baru sahaja tiba dari Jepun dan terus ke pejabat mencari Syakila.

Firdaus yang sangat kecewa kerana kepulangannya tidak disambut oleh Syakila sebagaimana yang diharapkannya. Firdaus mencari Syakila ke merata tempat sehingga ke kampung, namun gagal menemuinya.

babak Biar Jadi Kaktus

Manakala di kampung Azlan, Syakila hidup dalam ketakutan dan diganggu oleh mimpi-mimpi ngeri bahawa dia terus menerus diburu oleh Pak Babu. Azlan amat bersimpati terhadap Syakila dan Azlan pernah meminta persetujuan daripada Syakila untuk menikahinya tetapi cadangan Azlan ditolak oleh Syakila.

Di Kuala Lumpur Datin Habsah terus didesak oleh Hamid, ‘bapa ayam’ mencari Syakila sampai dapat. Firdaus akhirnya berjaya menemui Syakila yang menimbulkan rasa kecewa Azlan.

Azlan membenarkan Firdaus membawa Syakila pulang ke Kuala Lumpur dan dia meminta Firdaus menjaga Syakila dengan baik. Firdaus merancang untuk menikahi Syakila secepat mungkin.

Akhirnya Syakila berjaya mencari bapa kandungnya untuk mewalikan pernikahannya nanti. Dalam masa yang sama bapa Syakila menghadapi masalah, iaitu kakak kembarnya Syakira telah lari dari rumah.

Manakala Datin Habsah pula sedang merancang untuk memperkenalkan Syakila kepada Hamid, ‘bapa ayam’ yang sentiasa mengejar gadis-gadis cantik seperti Syakila.

Syakila akhirnya berkahwin dengan Firdaus. Namun dugaan hidupnya semakin bertambah apatahlagi bila kisah silamnya terbongkar. Lalu apakah kesudahannya? 

babak dlm Biar Jadi Kaktus

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

ZAYAN Semat Ilmu Penyembelihan Ikut Tuntutan Syariah

Risau Dugaan Bertunang, Farah Nabilah Mahu Terus Kahwin