in , ,

Kerana Mudah Percaya, Floor 88 Terpedaya dalam ICSYVMY

“Sherry! Kenapa kau rasa dia mencurigakan? Bukan kau ke yang patut ‘back up’ dia?” Itulah soalan Shuk kepada Sherry Al-Hadad selepas Sherry tidak sengaja mengeluarkan satu kenyataan yang bercanggah dengan kata-katanya sebelum ini, ketika sedang mempertahankan penyanyi misteri bergelar ‘Anak Mentari’ (Syahrul Nizam Bin Sudir) selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri itu.

Walaupun ramai yang sudah mula mengesyaki bahawa Syahrul adalah seorang penyamar, namun kumpulan Floor 88 tetap membuat keputusan untuk berduet dengannya, dan telah memilih untuk menyingkirkan seorang lagi penyamar bersuara sumbang iaitu ‘Aku Nak Jadi Bos’ (Aidi Azrizal Bin Hassan)

Kebenaran akhirnya terungkap apabila Syahrul perlu mendedahkan suara sebenarnya di pentas penentuan. Mendendangkan lagu berjudul ‘Zalikha’ nyanyian asal Floor 88, Ayie yang merupakan vokalis kumpulan tersebut hanya mampu ketawa kerana pasangan duetnya itu adalah seorang penyamar bersuara sumbang. Secara automatik, Syahrul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000!

Kumpulan Floor 88 telah membuat kesilapan yang besar apabila mereka sebulat suara menyingkir penyanyi misteri ‘Cergas Dan Pantas’ (Muhammad Shafique Amir) di pusingan yang pertama. Mungkin ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Shafique untuk menyanyi kerana paras rupanya langsung tidak kelihatan seperti seorang penyanyi. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana Shafique berjaya membuat semua orang terpegun dengan suaranya yang merdu.

Dua lagi penyanyi misteri iaitu ‘Mat Konvoi’ (Mohamad Badruzzaman Bin Zainudin) dan ‘Cahaya, Tanah, Air’ (Syed Luqman Nulhakim Bin Syed Mohd Nizam) telah disingkirkan oleh Floor 88 di pusingan kedua kerana persembahan lip-sync mereka tidak meyakinkan. Pada awalnya, setiap ahli kumpulan ini mampu menarik nafas lega kerana Badruzzaman langsung tidak ada bakat menyanyi dan ini bermakna Floor 88 berjaya menyingkirkan seorang penyamar. Akan tetapi, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana Luqman yang merupakan penyanyi sebenar juga telah disingkirkan.

Mungkin tuah tidak berpihak kepada Floor 88 di episod kali ini kerana mereka telah membuat silap sekali lagi, apabila mereka bersepakat untuk menyingkirkan penyanyi misteri bergelar ‘Kapten Keselamatan’ (Muhammad Aswan Bin Musa) yang merupakan penyanyi sebenar. Ahli panel penyiasat juga suka menyakat Aswan kerana wajahnya mirip dengan Mark Adam.

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputanuntuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam BunkfacedanMas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMYmusim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecaraHD di tontonYouTube TV3 Malaysia Official danYouTube TV9 Malaysia Official.Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.mydan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Risau Dugaan Bertunang, Farah Nabilah Mahu Terus Kahwin

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Stail EH! 2019