in

Farah Adeeba, Zarina Zainoordin dalam Drama Nurul Iman

NURUL IMAN PAPAR PLOT DENGKIKAN SAUDARA SENDIRI DI TV2

Sifat hasad dengki sesama manusia terutama antara darah daging sendiri sepatutnya dihindari apatahlagi dalam bulan Ramadan yang begitu dimuliakan ini. Umat Islam digalakkan untuk menyucikan diri daripada segala amalan buruk dan memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan.

Dibintangi oleh Abdul Rahman Suud, Farah Adeeba, Zarina Zainoordin, Khatijah Tan, Maimon Mutalib, Faizal Yusuf dan Zainab Othman, penonton diajak berkongsi paparan kehidupan watak Hijaz, pemuda yang menjadi mangsa dengki abang-abangnya yang tamakkan harta ayah mereka hingga sanggup menganiaya adik mereka sendiri menerusi drama rantaian 13 episod bertajuk Nurul Iman mulai 11 Ogos lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV2.

Nurul Iman

Mengisi slot Ramadan @ 2, Nurul Iman mengisahkan tentang watak Hijaz, Nurul dan Munir belajar di universiti Damshik, Syria. Mak Kiah seorang pengusaha herba. Iman adalah pelajar IPT, anak Mak Kiah yang lemah Bahasa Arab. Bapa Hijaz mengagihkan tugas kepada abang Hijaz, Harun, Jamal dan Bakhtiar di Madinah. Abang-abang Hijaz cemburukan Hijaz kerana bapa mereka lebih sayangkan Hijaz.

Sementara itu Pak Wahab melarang Sufian ke rumah Mak Kiah kerana dia menuduh Sufian menghasut Mak Kiah. Mak Kiah menguasahakan ladang herba dan dibantu oleh Adam, anak angkatnya. Harun mencadangkan kepada bapanya supaya Hijaz dihantar ke Malaysia bagi mendalami ilmu pertanian. Dia juga mencadangkan agar Syed Abdullah pengusaha Herba di Malaysia dapat membantu Hijaz.

Harun menguhubungi Syed Abdullah dan menawarkan US 1 juta bagi melaksanakan niatnya. Syed Abdullah serba salah. Ketika cuti semester Iman pulang ke kampung. Ketika pulang dia terserempak dengan Suffian dan Hjh. Maimon. Hjh. Maimon tidak suka anaknya Suffian berkawan dengan Iman.

Kepulangan Iman amat dinantikan Mak Kiah. Hijaz dihantar oleh Pak Cik Zaki ke lapangan terbang. Sheikh Muhammad amat gembira dengan kepulangan Hijaz di Madinah. Sheikh Muhammad tidak sampai hati memberi tahu hal sebenarnya. Kerana kasihkan ayahnya Hijaz bersetuju ke Malaysia. Abang-abang Hijaz amat gembira kerana rancangan mereka hampir berjaya. Harun menghubungi Syed Abdullah.

Sementara itu Syed Abdullah menghubungi Mak Kiah dan maklumkan bahawa Hijaz akan ditempatkan di rumahnya. Iman kebingungan kerana Mak Kiah mengemas-ngemas rumah. Mak Kiah maklumkan kepada Iman yang Hijaz akan tinggal bersama mereka. Iman kurang bersetuju. Pemergian Hijaz ke Malaysia menyebabkan ayahnya jatuh sakit. Harun beritahu kepada adik-adiknya yang Hijaz ditimpa kemalangan semasa tiba di Malaysia.

Hijaz tiba di rumah Kiah pada waktu malam. Iman merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya Mak Kiah. Iman ingin tahu perkara yang sebenarnya daripada Mak Kiah. Hijaz masih tidak berpuas hati kerana kedatangannya di rumah Mak Kiah. Sementara itu Sheikh Muhammad bapa Hijaz, masih lagi sedih kerana tidak mendapat khabar berita daripada Hijaz. Sufian berjumpa dengan Mak Kiah dan Adam di ladang herba. Dia ingin membawa murid-muridnya melawat ke ladang Mak Kiah.

Ketika itu Hijaz terkenangkan Nurul dan Munir. Bapa Hijaz jatuh sakit kerana mendapat berita kemalangan Hijaz. Harun meminta Syed Abdullah memberitahu kematian Hijaz kepada bapanya. Tetapi Syed Abdullah minta ditangguhkan terlebih dahulu.

Tuan Iskandar berhasrat membuat usaha sama dengan Mak Kiah. Dia meminta Pak Wahab sampaikan hasratnya itu kepada Mak Kiah. Sementara itu abang-abang Hijaz, Harun, Jamal dan Bakhtiar bercadang mengambil alih perniagaan bapa mereka.

Hijaz tertarik dengan perusahaan herba Mak Kiah. Harun mahukan supaya Syed Abdullah memberitahu kematian Hijaz kepada bapanya, Sheikh Muhammad. Abang-abang Hijaz kecewa kerana mereka masih tidak mendapat harta daripada bapa mereka.

Hjh. Maimon masih cemburukan suaminya Tok Penghulu kerana ke rumah Mak Kiah, bekas tunangnya. Syed Abdullah menelefon Sheikh Muhammad dan maklumkan kematian Hijjaz. Berita kematian Hijjaz telah dimaklumkan kepada Munir. Tetapi Nurul tidak dapat menerima berita kematian Hijjaz. Dia berkeras untuk pulang ke Malaysia bagi memastikan kematian Hijjaz.

Sementara itu Hijjaz mempelajari budaya orang melayu. Hjh. Maimon berhasrat agar Sufian ditunangkan dengan Nurul. Tetapi suaminya kurang bersetuju kerana dia berpendapat perlu dipersetujui terlebih dahulu oleh Nurul dan Sufian.

Mak Kiah, Adam dan Hijaz berbincang mengenai perniagaan herba mereka. Mak Kiah bercadang membesarkan ladangnya. Syed Abdullah ke rumah Mak Kiah dan menyerahkan segala dokumen Hijaz. Tuan Syed juga memberitahu Hijaz, yang sebenarnya dia cuba dibunuh oleh abang-abangnya. Oleh itu Hijaz ditempatkan di rumah Mak Kiah supaya identitinya tidak diketahui oleh abang-abangnya. Tetapi Hijaz tidak mempercayainya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Hijaz memperbetulkan keadaan keluarganya yang menjadi huru-hara. Antara Nurul dan Iman siapakah yang menjadi pilihan Hijaz? Saksikan drama menarik Nurul Iman mulai 11 Ogos lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV2.

Nurul Iman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing

Erin Malek Histeria Gara-Gara Durja Ningsun