in

Erin Malek Histeria Gara-Gara Durja Ningsun

Dah lama benar tak tengok lakonan pelakon remaja Erin Malek di TV3. Kali ini, peminat yang rindu dengan Erin Malek pasti akan terubat dengan lakonannya dalam drama seram berjudul Durja Ningsun yang akan disiarkan mulai 19 Ogos 2010, setiap Khamis jam 9.30 malam.

Selain itu, dalam drama ini juga akan menampilkan Eja, pelakon wanita ni juga dah lama tak muncul di layar TV.

Dalam drama arahan Ahmad Idham ini, Erin Malek akan pegang watak utama bernama Aria. Tapi serius… memang menyeramkan bila wataknya selalu je menjerit jadi histeria.

Menurut Erin Malek, dia sanggup mengambil cuti selama sebulan untuk menyudahkan drama bersiri seram ini. Nasib baik, semua cikgunya memahami dirinya. Tidak mengapa, sebab Erin masih di tingkatan empat. Tahun depan tak boleh main-main lagi sebab Erin akan menduduki SPM.

Kebanyakan pengambaran dibuat pada sebelah malam, jadi putaran hidup Erin juga turut berubah. Siang dia tidur, malam pula Erin berjaga untuk berlakon di set Durja Ningsun.

Erin Malek

Erin Malek

Erin Malek

Erin Malek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farah Adeeba, Zarina Zainoordin dalam Drama Nurul Iman

Tonton 380 Perlawanan Liga Premier Barclays di Astro