in

Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing

”HOTEL HALAL : JAKIM BERI PANDANGAN KEPADA KEDUTAAN ASING”

1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil langkah terbaru dengan memaklumkan kepada 34 ketua perwakilan negara luar yang terdapat di Malaysia, berkenaan senarai hotel-hotel yang telah mendapat sijil halal yang disahkan oleh JAKIM di sekitar Wilayah Persekutuan.

2. JAKIM telah mengeluarkan pekeliling bagi kesemua negara Islam tersebut melalui pejabat kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi mereka bermula semalam iaitu 11 Ogos 2010. Antara perkara penting dalam pekeliling tersebut JAKIM telah memaklumkan dan meminta kerjasama kesemua kedutaan tersebut bahawa :

i. JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) merupakan badan kerajaan yang diberi tanggungjawab bagi mengeluarkan sijil halal di Malaysia.

ii. Seterusnya JAKIM turut menarik perhatian dan menggalakkan para perwakilan agar membuat pilihan ke hotel-hotel yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menganjurkan majlis keraian dan majlis berbuka puasa.

3. Sehubungan itu, semua pihak boleh mendapatkan senarai hotel yang telah disahkan halal oleh JAKIM di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi hotel-hotel di peringkat negeri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Terbaru Jinbara Interpretasi Mental

Farah Adeeba, Zarina Zainoordin dalam Drama Nurul Iman