in , ,

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan di Malaysia

Nantikan peraduan & episod baharu menjelang pengembaraan skrin besar yang mengagumkan!

Sukar untuk percaya bahawa selepas 8 dekad kejar-mengejar dengan kelucuan tanpa henti, Tom berusaha lebih keras dari sebelumnya untuk menangkap Jerry! Tahun ini, para peminat Tom dan Jerry akan menikmati lebih banyak lagi kerenah kucing dan tikus ikonik dengan banyak siri dan filem pada bulan Februari dan Mac ini di TV, aplikasi streaming dan juga di pawagam.

Sebagai tambahan kepada tayangan teaterikal filem yang dinantikan ramai, Tom & Jerry terbitan Warner Bros. Pictures, terdapat banyak peluang barangan bertema, pengaktifan dalam talian dan pertandingan. Ini rasa keterujaan dalam mengejar!

Kelucuan Kucing & Tikus Bermula di Sini

Dapatkan dos harian sempena menyambut filem Tom and Jerry, termasuk tayangan semula cerita klasik seperti Wizard of Oz, Sherlock Holmes, dan Robin Hood. Tonton semua filem-filem tersebut pada jam 11.30 pagi setiap hari bermula Sabtu, 6 Februari, di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) dan **Astro On Demand.

Para peminat juga boleh bertukar ke saluran Boomerang (Astro Ch 619 / UnifiTV Ch 555) untuk menonton rancangan The Tom and Jerry Show setiap hari jam 6 petang dan dua-bulan ‘jajahan’ menampilkan pelbagai siri Tom and Jerry dari Mac hingga April. 

Dan kalau itu tidak mencukupi, para pelanggan *HBO GO akan dapat juga menikmati pakej istimewa set kotak The Tom and Jerry Show musim 1 hingga 4 dan filem-filemnya secara penstriman bermula 1 Februari. 

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan di Malaysia

Hadiah dan Cabaran untuk Peminat Setia Tom and Jerry! 

Pelawa dua karakter melucukan ini ke hantaran status Facebook dan Instagram dengan menggunakan tanda pagar #TomAndJerryChallenge. Bermula sekarang sampai 11 Februari, para peminat boleh menyertai cabaran tersebut dan membuktikan kepada dunia bagaimana animasi bertembung dengan dunia nyata.  

Muat turun templat menerusi cartoonnetworkasia.com/promo/tomandjerrychallenge dan masukkan foto atau video diri anda atau haiwan kesayangan untuk membuktikan bagaimana Tom dan Jerry boleh hidup dalam dunia anda! Hantaran status paling kreatif akan memenangi tiket filemTom & Jerry dan barangan menarik.

Akhir sekali, kalangan peminat akan teruja dengan pelancaran koleksi produk Tom and Jerry!

·       Kismet Decals

Sudah tiba masanya untuk menghias ruang anda dengan barangan hiasan Tom dan Jerry! Dengan kerjasama Kismet Decals, satu siri decal dinding indah yang menampilkan duo kegemaran semua orang akan dilancarkan pada bulan Mac. Untuk maklumat lanjut, nantikan di pautan https://www.kismetdecals.com/.

·       Pakaian Kanak-Kanak Tom and Jerry

Pakaikan anak-anak anda dengan pakaian yang menampilkan duo nakal kegemaran mereka! Koleksi Tom and Jerry datang kepada anda di kedai serbaneka terkemuka pada akhir Februari.

·       Aurora Italia

Idamkan barang kemas yang indah? Para peminat boleh menantikan pelancaran koleksi yang bertema Tom and Jerry di Aurora Italia pada bulan Mac!

Selanjutnya Tentang Filem Tom & Jerry

Dalam filem Tom & Jerry yang akan muncul di pawagam Malaysia tidak lama lagi, kedua-dua ‘frenemies’ ini akan menambah lagi kejayaan kucing dan tikus ikonik dengan pelancaran filem hibrid pertama mereka! Dijadual berada di pawagam kuartil pertama tahun ini, filem berkenaan akan membawa Tom dan Jerry ke New York, di mana kehadiran Jerry di sebuah hotel mewah mencetuskan pengejaran si tikus ini secara besar-besaran. Bagaimanapun, keadaan menjadi kucar-kacir apabila Kayla, pekerja baharu hotel, mengupah pemuzik ‘wannabe’ Tom dan kucing lorong untuk menyingkirkan Jerry. Tidak lama kemudian, Tom dan Jerry bersekongkol untuk berdepan masalah yang lebih besar lagi: kakitangan yang cemburu ingin mewujudkan masalah untuk ketiga-tiga mereka.

Filem animasi komedi pengembaraan ini diarahkan oleh Tim Story dan dibintangi Chloë Grace Moretz (sebagai “Kayla”), Michael Peña (sebagai “Terrance”), Ken Jeong (sebagai “Jackie”), and Rob Delaney (sebagai “DuBros”) and Colin Jost (sebagai “Ben”). 

*Muat turun aplikasi HBO GO dari App Store atau di Play Store pada peranti anda atau akses  HBO GO melalui Astro atau di https://www.hbogoasia.my/. HBO GO boleh tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV – dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

** Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Salleh Mengaku Skandal Dengan Shuk Sahar Sudah Berakhir

SAJAT

“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Hanya Boleh Dipakai Oleh Wanita?” – Sajat