in ,

Ramai Netizen Geram, Kenapa Cute Sangat Ni, Siti Aafiyah Buat Aksi Comel Curi Perhatian

Satu-satunya anak kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang diberi nama Siti Aafiyah ini semakin comel dan bijak seiring usianya.

Tahun ini Siti Aafiyah berumur 3 tahun dan telatahnya yang pelbagai sering dikongsikan di sosial media. Nama pun anak penyanyi nombor satu negara, pastinya menjadi tumpuan ramai.

Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan Siti Aafiyah buat aksi comel telah mencuri perhatian ramai. Rakaman telatah si cilik ini telah dikongsikan oleh ibunya sendiri, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram milik selebriti ini.

Dalam perkongsian rakaman tersebut, kelihatan Siti Aafiyah hanya melakukan beberapa aksi yang diminta oleh ibunya. Dari mahu ucapkan selamat malam sahaja, si cilik ini buat aksi comel pula. Paling tak tahan di hujung video tersebut, Siti Aafiyah sempat buat ‘mini love’ menggunakan jarinya. Turut kedengaran suara penyanyi ini tertawa menyaksikan telatah anaknya itu.

Berikut adalah perkongsian video Siti Aafiyah buat aksi comel yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini:

Comel sangatlah si budak bijak ini! Apa-apa pun perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan  192 ribu likes. Rata-rata warganet dan rakan selebriti meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fanatik K-Pop Malaysia Paksa Sharifah Sakinah Mohon Maaf Walaupun Isu Dah Basi

Ayda Jebat Dipercayai Sudah Hamil, Tapi Sebenarnya Hanyalah Spekulasi Netizen