in , ,

Fakta Yang Anda Ingin Tahu Tentang Anugerah Juara Lagu Ke-37 TV3

Anugerah Juara Lagu Kali Ini Bertemakan Dimensi Muzik – Refleksi Kepelbagaian Warna & Emosi Dalam Alunan Muzik Malaysia

Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my

AJL37_JIHAN_SHERRY
Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse
AJL37_MUAZ_FIZA
Karpet Merah Tonton dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy

‘Dimensi Muzik”, tema Anugerah Juara Lagu  37 (AJL 37) menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti Anugerah Juara Lagu yang berprestij anjuran TV3. 

AJL37_DAYANG_AMIR

AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja. MYTV menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara. Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital. 

Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular ini. Ia juga menjadi satu tarikan besar kerana ramai peminat menunggu kemunculan semula Jihan Musa selepas beliau bercuti panjang. 

AJL37_NAIM

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil. 

AJL37_MARSHA

Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang. 37

Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari. 

AJL37_TICKETING

Berita baik buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil! Anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023. 

ARAS 4ARAS 3ARENASUPER VVIP  (Terhad untuk 100 tiket)
RM50RM 60RM150  *Laluan khasRM300 *Arena *fast lane AJL 37 *pengalaman karpet merah AJL 37  *acara koktel (pra-anugerah) *pengalaman kamera 360 AJL 37 *beg tote AJL 37 * barangan cenderahati Tonton.

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi. 

Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37: 

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
SENGSARAKHAI BAHARJOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR KJOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K
MAINANNAIM DANIELFIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGAARISZ AB RAHMAN
ANUGERAH TERINDAHALIF SATAR & THE LOCOSALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWISALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO
NANGIMAN TROYEEZRA KONG & A.RAMLEEZRA KONG & A.RAMLE
PAYUNG PELANGINOKI & MKNOKI & MKNOKI & MK
SATU MALAM DI TEMASEKSONAONE & JOE FLIZZOWSONAONESONAONE & JOE FLIZZOW
KEMBALI TERANGMARSHA MILANSENNA & AJINSENNA
BAHAGIAKAN DIALIZA HANIM & SHILA AMZAHALIFF ISKANDARALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ
KORBANERNIE ZAKRIERNIE ZAKRIERNIE ZAKRI
DEBUDAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDIMAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIMMAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM
IRAMASHIHA ZIKIRIQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVESIQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES
TERUS HIDUPAINA ABDULAINA ABDULAINA ABDUL

Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MYAIRLINE

MYAirline Melancarkan Laluan Penerbangan Sulung ke Sibu, Sarawak

astro fibre

Aplikasi Astro Fibre Baharu untuk Kawalan WiFi yang Cekap dan Mudah