in , ,

Aplikasi Astro Fibre Baharu untuk Kawalan WiFi yang Cekap dan Mudah

Pakej yang mengandungi segalanya untuk WiFi terbaik dan semua hiburan kegemaran anda untuk pengalaman yang paling Kencang!

Astro Fibre mengukuhkan tawarannya dengan aplikasi Astro Fibre serba baharu yang memberikan para pelanggan kuasa untuk mengawal sepenuhnya, memantau dan melindungi rangkaian rumah mereka. Apabila digabungkan dengan Pek TV Astro yang direka khas, para pelanggan juga akan dapat mengakses aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player. 

Aplikasi Astro Fibre Baharu Untuk Kawalan Wifi Yang Cekap Dan Mudah

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan seharian kita tertumpu kepada penggunaan internet. Daripada e-dagang dan permainan dalam talian ke hubungi orang yang tersayang serta penstriman filem, WiFi membuatkan dunia berputar dan pastinya ia tidak akan ke mana-mana. Soalan yang paling penting adalah: Bagaimana anda memilih pelan jalur lebar?

Dengan begitu ramai penyedia perkhidmatan internet (ISP), penyedia manakah yang boleh menawarkan kehebatan yang paling berbaloi? Beginilah cara ISP terbaharu Malaysia boleh memberi anda bukan sahaja lebih penjimatan, tetapi juga kemudahan dan pengalaman WiFi yang paling komprehensif.

Dengan penghala WiFi 6 terbaharu untuk memastikan prestasi tertinggi, Astro Fibre menyediakan pelbagai pelan kelajuan daripada 50 Mbps pada harga hanya RM99/sebulan hingga 800 Mbps pada harga RM249/sebulan supaya anda mempunyai pilihan untuk mereka gabungan hiburan anda sendiri.

Selain nilai dan kandungan yang hebat, inovasi terkini Astro Fibre kini termasuk aplikasi Astro Fibre mampu meningkatkan pengalaman WiFi anda di rumah dengan tiga ciri utama:

1)  Kawal Akses kepada Rangkaian WiFi Anda

Pernah terfikir siapa atau berapa banyak peranti yang disambungkan ke WiFi anda? Dengan aplikasi ini, bukan sahaja soalan ini akan terjawab tetapi anda juga akan dapat mengawal penggunaan setiap pengguna dengan menamatkan akses pada bila-bila masa atau menjadualkan akses internet setiap peranti atau ahli keluarga. Kini, anda tidak perlu risau jika anak-anak anda skrol TikTok melepasi waktu tidur mereka atau berbual dengan rakan mereka apabila mereka sepatutnya belajar untuk peperiksaan.

Aplikasi Astro Fibre Baharu Untuk Kawalan Wifi Yang Cekap Dan Mudah

2) Berkongsi WiFi bersama Tetamu dengan Mudah

Berkongsi rangkaian WiFi anda dengan tetamu sentiasa menyusahkan. Ia memenatkan, terutamanya apabila anda mempunyai ramai tetamu yang datang semasa musim perayaan. Kini anda boleh menyelesaikan isu ini dengan aplikasi Astro Fibre yang membolehkan anda berkongsi WiFi dengan tetamu anda secara lancar dengan kod QR dalam aplikasi – hanya tunjukkannya dan selesai. Anda juga mempunyai pilihan untuk berkongsi kata laluan WiFi anda melalui aplikasi lain seperti WhatsApp, Telegram atau Messenger. Selain kemudahan kod QR, ciri ini juga memastikan keselamatan rangkaian WiFi anda yang lebih baik kerana anda tidak perlu lagi berkongsi kata laluan anda dengan tetamu anda.

3) Mengesan Masalah Rangkaian dalam Sekelip Mata

Aplikasi ini memberikan maklumat tentang prestasi rangkaian anda seperti kelajuan sambungan, kekuatan rangkaian pada peranti yang disambungkan dan persediaan rangkaian WiFi semuanya ke dalam satu skrin. Ini bermakna anda boleh menyemak prestasi internet anda dengan mudah secara langsung untuk memastikan ia sentiasa konsisten, pantas dan stabil. Ketahui dengan lebih mendalam dan bijak akan pemahaman dan pengurusan WiFi anda di rumah! 

Aplikasi Astro Fibre Baharu Untuk Kawalan Wifi Yang Cekap Dan Mudah

Untuk nilai terbaik, tambahkan Pek TV pada langganan Astro Fibre anda untuk pakej hiburan semua-dalam-satu dan rebat pakej eksklusif. Pek TV Astro terdiri daripada Pek Movies untuk semua filem kegemaran anda yang memenangi anugerah atau Pek Sports untuk semua kandungan sukan tempatan dan antarabangsa terbaik kepada Pek Platinum yang menawarkan anda pengalaman hiburan yang merangkumi semua dengan lebih daripada 135 saluran dan sehingga tujuh aplikasi penstriman percuma.

Langgani Astro Fibre hari ini dengan melayari www.astro.com.my/fibre. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Astro Fibre, sila layari product.astro.com.my/astro-fibre/app.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajl37

Fakta Yang Anda Ingin Tahu Tentang Anugerah Juara Lagu Ke-37 TV3

Ikmal Amry Blue | 13

“Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok,” – Ikmal Amry