in ,

Faizal Ismail & Ben Firdaus Pengacara Baru Casa Impian Musim Kedua

Casa Impian, program dekorasi terbitan TV3 kembali lagi di musim kedua! Kali ini menampilkan pengacara baru, Faizal Ismail berganding dengan Ben Firdaus. Program kejutan yang mencetuskan inspirasi dan ilham dalam dekorasi rumah ini telah menukarkan siaran kepada setiap hari Ahad, jam 12 tengahari bermula 6 Julai 2008 di TV3.

Semalam, satu sidang media Casa Impian telah diadakan di Dewan Serbaguna, Sri Pentas TV3 pada jam 4 petang. Dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya, sidang media turut dihadiri oleh hos baru Faizal Ismail, Ben Firdaus, krew belakang tabir, wakil daripada penaja dan para media.

Emcee – Ahmad Fedtri Yahya

Sesi pelancaran Casa Impian dipenuhkan dengan memperkenalkan para penaja dan pereka hiasan dalaman. Turut ditayangkan kepada media tayangan visual dan sedikit sedutan daripada program ini.

Faizal Ismail & Ben Firdaus

Kalau musim lalu penyertaan hanya dibuka di kawasan Lembah Klang sahaja tetapi musim kedua ini terbuka kepada penduduk seluruh Semenanjung. Sebanyak 4,000 penyertaan telah diterima yang dibuka melalui laman web www.tv3.com dan sebanyak 40 peserta telah disenarai pendekkan untuk saringan ujibakat.

Sebanyak 9 orang peserta telah menerima pelbagai kejutan di saat-saat akhir boleh ditonton selain penonton juga dapat lebih banyak tips penjagaan rumah yang baru.

Kepada peserta yang tidak terpilih, mereka masih ada lagi peluang dengan cara menonton Casa Impian setiap minggu dan mengumpul jawapan setiap soalan yang diberi di akhir rancangan.

Casa Impian musim terbaru ini lebih ceria dan menarik lagi dengan konsep yang berlainan, elemen kejutan dan penampilan istimewa artis undangan. PIhak TV3 mendapat respon yang menggalakkan dan katanya ramai sekali mahu menyertainya.

Penerbit Wahyu Nursubiyaklo

Tidak lupa, para penaja Nippon Paint, Harvey Norman, Homelighting, Macy, Barang-barang dan Floor Depot diberi penghargaan kerana kesudian mereka menaja Casa Impian.

Casa Impian akan bersiaran sebanyak 13 episod (30 minit) dan diterbitkan oleh Wahyu Nursubiyaklo.

[tags]casa impian, hos, ahmad fedtri yahya, Faizal Ismail, Ben Firdaus, scandal Pengacara, Nippon Paint, Harvey Norman, Homelighting, Macy, skycrewz, tukang urut, you call the shots pdf, credit cards, credit lawyers, dangdut seksi, debit cards, female brides honeymoon love, gintel massage, Barang-barang, Floor Depot, siti nurhaliza[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sepetang Bersama Edrie Hashim di Studio Sutra

Budiey Mencari 20 Pembaca Bertuah Bagi Menghadiri Majlis Pra Tonton Filem I’m Not Single!