in , ,

Mira Filzah Tampil Jadi Duta Produk Telefon Pintar vivo V23e

vivo Malaysia mengumumkan acara pelancaran telefon pintar swafoto perdana terbaharunya V23e 5G pada 9 Disember, 3 petang di Level 2 Ballroom, The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Sebagai duta jenama siri V, Mira Filzah akan membuat kemunculan pada pelancaran dan mengadakan interaksi dalam talian dengan peminat semasa strim langsung acara itu.

vivo hari ini mempunyai penawaran baharu dalam siri-V mereka dengan melancarkan vivo V23e dan vivo V23e 5G. Seperti vivo V21, vivo V23e turut memfokuskan keupayaan kamera swafotonya.

vivo V23e Dilancarkan, Mira Filzah Jadi Duta

Bagi vivo V23e, spesifikasinya didatangkan cip pemproses MediaTek G96, 8GB RAM dengan penambahan 4GB RAM maya, storan dalaman 128GB, skrin 6.44 inci AMOLED, bateri 4050mAh serta pengecasan pantas 44W.

Mira Filzah Tampil Jadi Duta Produk Telefon Pintar vivo V23e

Terdapat tiga tetapan kamera belakang yang merangkumi 64MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Manakala, kamera swafotonya adalah 50MP.

Gambar Swafoto Yang Lebih Cantik

Sementara vivo V23e 5G, tidak banyak perbezaan yang ada. Ia dilengkapi cip MediaTek Dimensity 810 5G, 8GB RAM + 4GB RAM maya, 128GB storan dalaman, skrin 6.44 inci AMOLED, bateri 4050mAH dan pengecasan pantas 44W.

Untuk kemampuan fotografi, masih lagi hadir dengan tiga tetapan kamera belakang, iaitu 50MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro serta 44MP bagi lensa swafoto.

Kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna – Sunshine Coast dan Moonlight Shadow. vivo V23e dan V23e 5G masing-masing dijual pada harga RM1399 dan RM1599 yang mana pra-tempahan sudah pun bermula hari ini sehingga 17 Disember 2021.

vivo V23e Dilancarkan, Mira Filzah Jadi Duta

Tambahan lagi, mana-mana pembeli yang membeli peranti tersebut dalam tempoh tersebut bakal menerima hadiah percuma eksklusif bernilai RM559 untuk V23e 5G dan RM459 untuk V23e.

Pra-tempahan boleh dibuat menerusi E-store rasmi vivo, Shopee, Lazada atau peniaga sah seperti Harvey Norman, senQ, Thundermatch, Senheng dan lain-lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad Syukur Isteri Akhirnya Berhijab Sejak Awal Tahun Lalu

JOOX Melancarkan Single JOOX Originals Berjudul JALAN Menampilkan 15 Penyanyi