in , ,

Media Prima Melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #YOOHOO2022

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 (CNY 2022), Media Prima Berhad menerusi 8TV saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia telah melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 (CNY 2022), Media Prima Berhad menerusi 8TV saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia telah melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022 berserta dengan album CNY 2022 dengan kolaborasi stesen radio 8FM, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) secara siaran langsung dari 8TV dan juga strim secara langsung di laman Facebook 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam pada 8 Disember 2021. 

Sesi pelancaran tersebut menampilkan 16 CNY Buddies 2022 iaitu Ong Ching Yee, Owen Yap, Orange Tan, Rickman Chia, Gary Yap, Royce Tan, Angeline Ooi, Jordan Sen, Pauline Tan, Melissa Ong, Ash Lu, Kendra Sow, Kyann Lim, Hana Xinyi, Nickkung dan Joey Kong untuk sama-sama menyebarkan mesej positif dan keriangan kepada semua. 

Media Prima Melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022

Menurut Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo, “Dalam keadaan semasa yang penuh dengan cabaran, Media Prima ingin menghulurkan bantuan dan sokongan kepada rakyat Malaysia untuk mengatasi kesukaran hidup serta memberikan hiburan dan semangat positif menerusi persembahan kandungan terbaik kami. Justeru, kempen Tahun Baharu Cina 2022, #Yoohoo2022 ataupun ‘Hu Zhu Hu Ai Yoohoo Xiang Qian Zou’ dalam sebutan bahasa Mandarin membawa mesej positif yang bermaksud saling membantu dan menyayangi sesama kita untuk terus yakin melangkah ke hadapan.”

“Bagi pihak 8TV, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan penaja yang  telah menjayakan kempen #Yoohoo2022 termasuklah Kinohimitsu (penaja video muzik Yoohoo 2022), Ensure Gold (penaja 8TV 18th Birthday Bash), Nivea dan Caltrate (penaja telefilem CNY Gong Xi Fa Cai), foodpanda (penaja program Durian, Kaya, Teh Tarik edisi CNY), Panasonic (penaja program Cook VS Chef) dan kolaborasi khas dengan rangkaian kedai buku Popular. Kerjasama strategik daripada rakan-rakan penaja dapat direalisasikan kempen ini dengan sempurna dan dapat membawa sinar baharu kepada penonton kami menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini,’’ tambah Kevin. 

Seiring dengan kempen #Yoohoo 2022 dan tibanya tahun Harimau,  Media Prima memperkenalkan maskot harimau yang dinamakan sebagai ‘Yoohoo’ untuk memberi tuah, rezeki dan keriangan kepada rakyat Malaysia. 

Media Prima Melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022

Album CNY 2022 yang berjudul ‘Yoohoo 2022’ memuatkan dua buah lagu baharu iaitu lagu tema kempen ‘Yoohoo 2022’ dan OST drama CNY Gong Xi Fa Cai yang berjudul  ‘Mei Hao Shi Guang’. Lagu ‘Yoohoo 2022’ dinyanyikan oleh 16 CNY Buddies dengan melodi yang ceria dan lirik lagu yang mudah diingat pasti menjadi siulan ramai di musim perayaan Tahun Baharu Cina nanti. Muzik video ‘Yoohoo 2022’ telah dapat disaksikan di saluran Youtube 8TV dan 8TV selepas tayangan sulungnya ketika sesi pelancaran tersebut. 

‘Mei Hao Shi Guang’, OST kepada telefilem CNY 2022 Gong Xi Fa Cai dinyanyikan oleh barisan pelakon utama telefilem iaitu Bernard, Emily Chan, Jordan Sen dan Wilson Lee. Lagu ini menerapkan elemen retro dan bakal membawa anda mengimbau kenangan manis di zaman silam. 

Kempen CNY 2022 #Yoohoo2022 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan orang ramai boleh berkongsi perasaan keterujaan mereka dalam menyambut Tahun Baharu Cina ini bersama ahli keluarga serta sahabat handai. 

#Yoohoo2022 Dance Challenge

Sertai #Yoohoo2022 Dance Challenge dengan ahli keluarga dan sahabat handai untuk memenangi hadiah menarik dari 8TV, Kinohimitsu dan WOWSHOP. Caranya mudah saja! Anda boleh mereka gerak geri tarian lagu tema #Yoohoo2022 berdasarkan kreativiti anda dan muat naik video tersebut ke laman sosial media, sertakan #Yoohoo2022 dan jangan lupa tag akaun rasmi 8TV. Anda mungkin salah seorang pemenang mingguan yang bakal membawa pulang hadiah berupa telefon pintar model terbaharu, OPPO A95!

#Yoohoo2022 CNYWish

Sejak penularan virus Covid-19, hampir dua tahun rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran malahan ada yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga atas faktor keselamatan. Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang menitikberatkan silaturahim (reunion) dalam sesebuah keluarga, kita ingin mengatasi rintangan ini dengan menggalakkan orang ramai mengirimkan ucapan Tahun Baharu Cina dalam rakaman video yang tidak melebihi satu minit (format MP4) dan hantar ke emel [email protected] atau kongsikan di laman Facebook dan Instagram 8TV sebelum 1 Januari 2022. Anda perlu tetapkan akuan anda sebagai umum, tag akaun rasmi Facebook dan Instagram 8TV berserta dengan #Yoohoo2022 dan #yoohoocny. Ucapan terbaik akan dibacakan dan disiarkan di 8TV dan 8FM serta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari WOWSHOP dan Kinohimitsu.

REBORN – Kolaborasi 8TV dan Karun Hijau Recycling 

Dermakan komputer lama anda menerusi rancangan REBORN yang merupakan kolaborasi antara 8TV dan Karun Hijau Recycling dengan menghubungi 011-70001555 melalui aplikasi WhatsApp atau emel kepada [email protected] 

CNY Together

Ramai peniaga dan usahawan terjejas dalam pandemik ini dan ada yang telah menukar modul perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu. Oleh itu, Media Prima ingin menghulurkan bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang mencari peluang untuk mempromosikan perniagaan. Mereka berpeluang untuk mendapatkan promosi media bernilai RM 88,888 yang merangkumi platform TV, radio dan sosial media. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://rojaklah.com/CNYTogether/ 

Sesi pelancaran Kempen CNY 2022 turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Emily, Houson, Yeejie, Bernard, Emily Chan, Wilson Lee, Yuan Teng, April, Freddie, Chang Yong, Angela, Hong Hui dan Shusen Woon yang mempromosikan drama khas CNY 2022. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mini drama EXPRESS HAPPINESS lakonan Yuan Teng, April, Freddie, Houson dan Yeejie pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam bermula 1 Januari 2022. Drama Gong Xi Fa Cai lakonan Bernard, Jordon Sen, Emily Chan, Wilson Lee dan Orange Tan akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam bermula 10 Januari 2022.

Selain itu, 8TV juga menyediakan pelbagai program khas bersempena dengan sambutan CNY 2022 termasuklah 8 E-News Mini Concert dan Yoohoo 2022. Nantikan telefilem CNY My Dream My Wish lakonan Chang Yong, Angela, Hong Hui, Shusen Woon di portal video tonton CINEMA. 

Barangan eksklusif kempen CNY 2022 #Yoohoo2022 seperti Yoohoo plush toy (termasuk album CNY 2022), Yoohoo T-shirt dan Yoohoo pelitup muka pembedahan 4-lapis (berserta ruang simpanan pelitup muka) boleh didapati di Kedai Buku Popular, laman sesawang rasmi www.popularonline.com.my dan platform perniagaan elektronik di seluruh Malaysia mulai 8 Disember 2021.

Layari info terkini dan program tentang kempen #Yoohoo2022 di laman sesawang rasmi https://www.rojaklah.com/yoohoo2022 Rancakkan perbualan di platform sosial media dengan menggunakan #Yoohoo2022

Mengenai 8TV

8TV, saluran TV berbahasa Cina nombor 1 Malaysia yang fokus kepada inovasi asli, penghasilan kandungan tempatan dan antarabangsa merangkumi pelbagai program variasi dan drama berkualiti. 8TV juga menyediakan platform belia Malaysia menunjukkan bakat tersembunyi mereka menerusi kempen dan acara padang. Siaran 8TV Mandarin News menjadi platform utama 8TV yang sentiasa konsisten meraih tontonan harian tertinggi. 

Drama / Telefilem – The Promise, A Promise To Love, Bonus Vacation, and Hello, My Little Fortune 

Program Realiti  – Family Singing Show, The Z Power, and Durian, Kaya, Teh Tarik

Program Bual Bicara – Living Delight, Money Matters

Kempen – Chinese New Year

Mengenai 8FM

8FM dengan slogan, Dengarkan muzik yang terbaik, Jalani kehidupan yang berkualiti, mempunyai objektif untuk memberikan hiburan dan informasi kepada masyarakat Cina menerusi penceritaan yang berkualiti, kandungan yang positif dan menarik serta muzik yang dikenali sepanjang hari. Dengan memberi fokus kepada sasaran pendengar yang berusia 30 hingga 35 tahun, 8FM berusaha untuk menjadi sebuah stesen yang relevan, memberi fokus kepada golongan komuniti sasar, topikal, berinformasi dan sentiasa positif.

Mengenai WOWSHOP

Jangan ketinggalan promosi hebat WOWSHOP sempena Tahun Baru Cina, “WOW YOHOO!” yang akan berlangsung dari 1 Januari hingga 15 Februari 2022. Pembeli akan menikmati tawaran produk-produk hebat dan istimewa sepanjang tempoh promosi yang meliputi perkakas elektrik dan dapur, produk kesihatan, makanan dan banyak lagi.

Mengenai ROJAKLAH

Rojaklah membawakan topic yang terkini dalam sosial media seperti trend, makanan, informasi dan tip tip kesihatan untuk semua.  Misi Rojaklah adalah untuk memberikan semua jenis kandungan inklusif dari semua tempat kepada pembaca.

Mengenai VIRALCHAM

Viralcham merupakan halaman berita Bahasa Cina yang paling terkenal di Malaysia, dengan membawakan informasi informasi yang terkini, hiburan dan semua kandungan gempak yang anda perlu “makan”, “belajar”, “tengok” dan “diketahui” dari seluruh tempat.

Mengenai Tantannews (TTN)

Tantan News (TTN) is a modern media company that believes in the power of giving more to connect with global, passionate, curious audiences. Through our authoritative house of brands, commitment to developing standout technology, and high-fidelity advertising, we are shaping the future of journalism and entertainment.

Mengenai Abbott

Abbott adalah pemimpin penjagaan kesihatan global yang membantu orang ramai untuk hidup lebih sempurna pada semua peringkat kehidupan. Portfolio teknologi pengubah hidup kami merangkumi spektrum penjagaan kesihatan, dengan perniagaan dan produk terkemuka dalam diagnostik, peranti perubatan, pemakanan dan ubat generik berjenama. Seramai 107,000 rakan sekerja kami melayani pelanggan di lebih daripada 160 negara.

Mengenai NIVEA

NIVEA dilancarkan pada tahun 1911 sebagai krim kulit kosmetik berkualiti tinggi yang mampu milik, mempunyai legasi selama  100 tahun dan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

NIVEA memahami keperluan kulit anda! Itulah sebabnya kami mencipta produk yang membersih, melembap dan melindungi kulit anda, dengan memberi keperluan kepada kulit  – penjagaan lembut dan berkesan yang menjadikan kulit anda licin, lembut serta cantik berseri. Tidak kira siapa, apa yang anda lakukan, atau di mana anda tinggal, kami berada di sini untuk membantu anda menikmati penjagaan kulit yang lebih baik untuk seumur hidup.

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar dalam 12 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, Myanmar, dan Jepun. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.

Mengenai DELIVERY HERO

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar diserata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.deliveryhero.com

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd

Panasonic Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi produk elektrik dan elektronik antaranya audio visual, perkakas rumah, penyaman udara, kualiti udara dalaman, perniagaan solar, kamera digital & video, peralatan penyiaran profesional, penyelesaian sistem, telekomunikasi, penjagaan kesihatan & kecantikan, bateri dan pencahayaan. Semua produk Panasonic boleh didapati melalui pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan jenama Panasonic, layari laman web kami di www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-7953 7600.

Mengenai Kinohimitsu

Semua produk kinohimitsu memiliki ekstrak semula jadi yang sangat penting untuk sistem semula jadi kawalan kendiri. Fokus utama kinohimitsu adalah Detoks , kesihatan dan kecantikan yang berasaskan prinsip pendekatan holistik bagi menambahbaik kesejahteraan hidup manusia. Kinohimitsu juga menawarkan  penggunaan produk semula jadi yang selamat dan berkesan. Kinohimitsu menambah baik kehidupan anda tanpa membuat sebarang tuntutan bagi masa dan tenaga anda, malah memberi anda kebebasan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackpink 2020 | 17

2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) tonton Siarkan Live Streaming Selama 7 Jam

Fahrin Ahmad | 18

Fahrin Ahmad Syukur Isteri Akhirnya Berhijab Sejak Awal Tahun Lalu