in ,

Fahrin Ahmad Jadi Pembantu Scha Dalam Sehati Sejiwa

PENONTON mungkin tidak menyedari bahawa di balik tabir, antara mereka yang menjayakan rancangan ini adalah aktor kacak, Fahrin Ahmad. 

3408805419 4Be6B538Be | 4

Pada peringkat awal ramai pihak termasuk wakil media yang melihatnya di dalam studio rancangan Sehati Sejiwa, menganggap dia sedang menemani teman ‘istimewanya’ itu sedang melaksanakan tugas.

Bagaimanapun tanggapan berubah apabila melihat Fahrin sama sibuk dengan menjadi penasihat kepada pengacara rancangan itu Scha Al-Yahya, yang ada ketikanya akan menjerit meminta bantuan kerana soalan mahu diajukan kepada tetamu jemputan sudah kehabisan.

“Pada peringkat awal, Scha meminta saya datang melihatnya mengendalikan rancangan itu apatah lagi dia tidak mempunyai banyak pengalaman. Sebagai teman rapat apa salahnya saya membantu. Bermula dari situ saya selalu meneliti akan skrip yang akan disampaikan Scha termasuk soalan hendak ditanya. Penerbit sendiri pernah meminta saya menulis skrip untuk rancangan ini tetapi memandangkan mereka sudah mempunyai penulis dalaman jadi rancangan itu terpaksa dibatalkan. Begitupun saya senang dapat membantu Scha dan sekarang saya bangga apabila melihatnya mampu mengendalikan rancangan Sehati Sejiwa dengan baik dan bersahaja,” katanya. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Matahari Lakonan Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Sabrina Ali

Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza