in

Fahrin Ahmad Dalam Drama Tiada Lagi

Fahrin Ahmad Dalam Drama Tiada Lagi Di TV2

Buat pertama kalinya penyanyi kecil molek kelahiran Kelantan yang terjun ke bidang lakonan, Misha Omar bakal bergandingan dengan pelakon bertubuh sasa, Fahrin Ahmad dalam sebuah drama menarik mengisi slot Kossandra di TV2.

Pastinya gandingan ini dilihat sebagai menarik kerana kedua-dua pelakon terkenal ini tidak penah ‘disatukan’ membintangi drama yang sama apatahlagi drama bertemakan percintaan dan diselitkan dengan pengajaran berguna tentang pemuda yang mengalami kecelaruan penampilan hingga menjadi ‘bahan’ orang-orang di sekelilingnya.

Fahrin Ahmad Dan Ropie Cecupak Dalam Tiada Lagi

Drama bertajuk Tiada Lagi disiarkan pada 26 Julai 2011, jam 10.00 malam ini turut menampilkan pelakon hebat Normala Omar, Ropie Cecupak, Kismah Johar dan Aman Graseka yang mengangkat watak Azim lakonan Fahrin menjadi seorang yang dilihat ‘bodoh-bodoh alang’ dari segi perwatakan luarannya. Dengan penampilannya yang sebegitu, dia menjadi bahan sendaan dan gurauan teman-teman di sekeliling terutama kawan sepejabatnya yang gemar mengambil kesempatan terhadap Azim.

Pastinya peminat pelakon hebat ini berpeluang menyaksikan Fahrin menjiwai watak yang belum pernah ‘dimainkannya’ sebelum ini di layar kaca TV. Malah menariknya kali ini Fahrin muncul sebagai hero kepada pelakon wanita Misha Omar yang terkenal sifat sopan santunnya samada di luar atau dalam lakonan.
Kisah Tiada Lagi bermula dengan babak ingin dikongsi penonton menghayati kisah terjadi dalam diri watak bernama Azim, seorang eksekutif muda yang telah bekerja selama 2 tahun di sebuah syarikat. Semuanya baik-baik berlaka tetapi disebabkan penampilan dan wataknya seakan-akan seorang ‘nerd’, dia selalu disalahertikan dan diambil kesempatan oleh rakan-rakan sepejabatnya.

Azim seorang yang begitu baik dan sentiasa menolong rakan-rakan dan juga jiran-jirannya. Namun tiada siapa yang peduli akan perasaannya dan meninggalkannya ‘menjeruk’ rasa sebegitu. Ketika itu kewujudannya hanyalah untuk dipermainkan orang-orang disekelilingnya sahaja.

Walau bagaimanapun, Azim masih mempunyai seorang rakan baik yang masih memahami. Dia sentiasa memberi kata-kata peransang kepada Azim dalam menjalani kehidupan seharian. Malah menjadi penguat semangat Azim berdepan dengan dugaan hidup yang mencabar.

Sehinggalah satu hari dia hilang secara tiba-tiba. Ketika itu barulah ketiadaannya dirasai semua pihak.

Tiada Lagi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media statement AIRASIA ASEAN

KRU TV