in ,

Ezlynn Mahu Goncang Dunia Dengan GOYANG

Setelah hampir lapan tahun sepi tanpa karya terbaharu, penyanyi Ezlynn kembali menghangatkan industri muzik dengan dengan single terbaharunya berjudul “Goyang”.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, sebelum ini pernah popular dengan lagu-lagu hitsnya seperti ‘Hi Hi Bye Bye’, ‘Pening’, ‘Jikalau Aku’ dan ‘Sengsara’. Kali terakhir meluncurkan lagu ‘Dusta’ pada tahun 2012, menerusi singleGoyang” Ezlynn sekali lagi menyandarkan lagu berentak rancak sebagai taruhannya. Lagu GOYANG ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Single Cover Ezlynn-Goyang
Tahniah Ezlynn di atas pelancaran single terbaharu ini. Semoga terus sukses ya!

Goyang” merupakan karya bersama pasangan suami isteri Farique Nadzir dan Adah Kahir. Farique merupakan penyanyi dan komposer yang sering berkarya dalam menghasilkan lagu runut bunyi filem dan drama tempatan.

Jika sebelum ini Ezlynn sinonim dengan lagu berentak pop rock, menerusi lagu “Goyang” ini Ezlynn mnenampilkan sesuatu yang berbeza namun kena dengan jiwanya iaitu muzik rancak berkonsepkan ‘Fun Ska’. 

Lagu yang cukup bertenaga ini bukan sahaja mampu membuat pendengar bergoyang malah mampu membakar semangat pendengar jika mesej yang cuba disampaikan oleh Ezlynn menerusi lirik tulisan Adah Kahir ini dihayati sepenuhnya. “Goyang” bukan sebarang lagu ajak bergoyang, tetapi lagu ini sarat dengan mesej positif yang menyentuh tentang revolusi diri, keperkasaan wanita dan keamanan dunia.

Single “Goyang”terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Disember 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Artis Tercalon di Anugerah Digital Muzik Era 2018

Profile Sophia Fredskild