in , ,

Adibah Nor & Afdlin Shauki Pengacara AIM 17

Tahniah untuk pengacara, pelakon, pengarah dan penyanyi Afdlin Shauki & pelakon & penyanyi popular Adibah Nor kerana sekali lagi ditugaskan sebagai pengacara untuk Anugerah Industri Muzik ke-17 yang akan diadakan pada 2 Mei 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Kali ini mereka digandingkan secara duo, bukan trio macam tahun lepas.

Adibah Nor

Afdlin Shauki

Mereka dilantik sekali lagi tanpa gandingan Bob Lokman. Kali ini pastinya menjanjikan kolaborasi yang mantap kerana kedua-dua hos ini memiliki karakter dan cara serta teknik lawak mereka yang tersendiri. Budiey suka dengan lawak Adibah Nor sebab memang boleh buat Budiey gelak sampai sakit perut. Terutama masa tengok dia handle show. Memang tumpuan audien 100% diberikan untuk dia.

Persamaan dari segi bentuk badan yang gempal menjadikan TV anda lebih kecil. Eh gurau je, tapi memang benar, Afdlin Shauki dan Adibah Nor dikatakan akan melakukan satu kejutan untuk AIM 17. Cabaran bagi mereka adalah bagaimana untuk menjadikan audien tak mengantuk dan tak menukarkan saluran TV.

Namun amat mengecewakan apabila dua ikon ini tak dapat hadir di sidang media yang diadakan di Dewan Ballroom Hotel Pan Pacific jam 3 petang tadi. Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai komitmen. Afdlin Shauki baru je dapat anak, pastinya sibuk dengan urusan famili. Sedang Adibah Nor juga sedang sibuk dengan latihan dan show.

Apa-apa pun, Budiey harapkan yang terbaik daripada mereka berdua untuk menghidupkan malam gemilang AIM 17.

Good luck untuk Adibah Nor & Afdlin Shauki.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ezlynn Patah Kaki Kerana Tic Tac Toe?

Diana Danielle, Mawi, Liyana Jasmay Antara Penyampai Trofi AIM17