in ,

Eyka Farhana Cabar Diri Jadi Hos PADA SUATU KETIKA

Bakat pelakon Eyka Farhana menceburkan diri dalam bidang pengacaraan diuji buat pertama kalinya menerusi program bercorak kembara terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Pada Suatu Ketika” mulai 26 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1.

Berbeza dengan program kembara sedia ada, program 13 episod ini berkongsi meneroka tentang sejarah, asal usul, tradisi dan keunikan budaya serta masakan masyarakat Malaysia daripada semenanjung hingga Sabah dan Sarawak. Pastinya kemunculan Eyka Farhana sebagai hos mampu menarik golongan muda untuk bersama-sama mengikuti program yang bukan sahaja mengunjungi tempat bersejarah sebaliknya mendekati masyarakat kampung dan mengetahui aktiviti yang dilakukan mereka seharian.

Untitled

Pada Suatu Ketika, Program Kembara Tampilkan Eyka Farhana Buat Pertama Kalinya Sebagai Pengacara Di TV1

[dropcap]K[/dropcap]embara bermula di Kota Johor Lama yang menceritakan sejarah kota johor lama dan kampung johor lama. Penonton dibawa melihat kesan sejarah yang masih tinggal di zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah II. Antaranya kubu di Kota Johor Lama, kubu budak dan bekas Pengakalan Diraja. Di Kg Johor Lama pula meneroka sejarah kampung dan melihat makanan tradisional iaitu kuih tekap di samping turut melakukan aktiviti melawat Kampung Makam.

Seterusnya mengunjungi dan meneroka kehidupan masyarakat chetti di Melaka. Banyak aktiviti yang dijalankan di kampung ini. Antara yang ditonjolkan ialah tempat asal usul masyarakat, tarian tradisional, makanan tradisional, kraftangan, pakaian tradisional dan melihat sejarah awal masyarakat di Muzium Chetti.

Diteruskan kemudiannya mendekati masyarakat minang di Jelebu dan menyingkap sejarah daerah Jelebu. Melihat asal usul Jelebu dengan meneroka masjid Kuala Dulang, Makam Moyang Salleh dan kampung asal di Jelebu. Selain itu episod ini turut menyelongkar sejarah masyarakat Minangkabau di Kampung Gagu yang merupakan penempatan awal di Jelebu. Pelbagai tradisi minang dikongsi iaitu makanan tradisi, tarian piring, rumah minang, dan struktur pemerintahan masyarakat minang.

Destinasi utama turut singgah di Gua Kelam yang merupakan tapak yang mempunyai sejarah perlombongan dalam gua yang pertama di Malaysia. Meneroka gua dan cuba melihat kesan sejarah yang masih ada. Selain itu episod ini melihat persembahan dan mengetahui sejarah hidup awang batil.

Di Pulau Pinang, program ini menjejak penjara lama di Pulau Jerejak iaitu penjara Malaysia dan juga penjara British. Juga turut menyingkap sejarah matawang lama di Pulau Pinang. Dengan melihat struktur matawang dan berkongsi mengenai jenis matawang lama. Selain itu turut melihat makanan dan tempat yang terkenal di sekitar Bandar Georgetown.

Ketika di Istana Bilah dan Istana Kellie’s, berkesempatan meneroka dua istana yang berbeza iaitu Istana Billah dan Istana Kellie. Kedua-dua istana ini berlatarkan sejarah perlombongan dan perladangan. Menunjukkan perbezaan senibina : Istana Billah adalah pengaruh raja Mandailing. Manakalah Istana Kellie pula berdasarkan warga British yang membina nama di Malaya.

Untitled

Episod Emas Kelantan & Makanan Di Raja, melihat industri pembuatan emas di Kelantan. Menyingkap sejarah emas, pembuatan emas dulu dan kini dan jenis-jenis emas. Memberi tumpuan pada pengusaha emas tempatan, proses pembuatan, jenis emas dan juga kejayaan pengusaha dalam menaikkan emas Kelantan. Di samping itu turut melihat tempat menarik di kota Bharu : Pasar Wakaf Che Yeh dan juga festival makanan.

Episod berikutnya memperkenalkan Pulau Duyong di Kuala Terengganu. Menyelongkar sejarah Pulau Duyung yang asalnya di Kota Lama Duyung dengan melawat Muzium Kota Lama serta mengenali industri pembuatan kapal oleh anak jati Pulau Duyung. Turut melihat keindahan Bandar Kuala Terengganu dan serta melawat taman Tamadun Islam yang banyak menyimpan sejarah bangunan-bangunan Islam di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan episod menyingkap sejarah pembuatan kain tenun diraja Pahang. Berjumpa adiguru kraf tenun untuk mengetahui dan melihat cara pembuatan dulu dan kini, corak dan dekorasi dulu dan kini, serta salahsilah keluarga yang menjalankan pembuatan kain tenun. Selain itu episod ini turut melihat ruman Tun Abdul Razak dan melawat galeri Tun Abdul Razak. Selain itu episod ini juga membawa penonton melihat puding Pahang Diraja yang sangat terkenal di Pekan, Pahang.

Kunjungan ke Sarawak tidak kurang menariknya dengan meneroka bandaraya Kuching. Melihat sejarah dan struktur bangunan-bangunan peninggalan zaman pemerintahan British seperti Kubu Margheritta, Pos Kuching, waterfront, Astana serta beberapa bangunan lain. Selain itu episod ini memberi gambaran keindahan bandaraya Kuching terutamanya di sekitar kawasan waterfront.

Dekati kehidupan masyarakat iban di Sarawak. Mengetahui sejarah masyarakat iban dan menyaksikan adat dan budaya masyarakat iban dulu dan kini. Turut melihat seni tarian, kuntau, aktiviti memburu,menagkap ikan dan pembuatan kraftangan di situ. Selain itu episod ini turut memaparkan tempat menarik di sekitar bandar Sri Aman termasuklah lawatan ke Kubu Alice satu-satunya bangunan bersejarah yang masih ada di situ.

Masih di Sarawak, episod seterusnya memperkenalkan kehidupan masyarakat bidayuh di Sarawak iaitu di Kampung Mongkos. Melihat sejarah tempat, budaya dan adat dulu-dulu serta melihat tapak sejarah nenek moyang mengenai masyarakat mereka. Sebelum diiakhiri dengan episod memaparkan penempatan awal bagi Masarakat Bidayuh di kawasan Bau. Iaitu Bung Bratak. Mendaki di bung bratak dan melihat sejarah hari bung bratak serta sejarah baruk. Melihat kampung asal bung bratak, tapak sejarah bung bratak. Turut menyaksikan kemeriahan serta aktiviti masyarakat setempat di pasar Serikin. Selain itu turut memaparkan aktivti di Kg Budaya Sarawak.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater TV Nisya Khaleed Kongsi Insiden Pengeboman Berani Mati

Dato’ Jalaluddin Hassan Tetamu Program BARAKAH