in ,

Dato’ Jalaluddin Hassan Tetamu Program BARAKAH

Sentiasa mengetengahkan topik-topik positif untuk dikongsikan bersama penonton menjadi tarikan program bual bicara, “Barakah” tajaan penuh oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV1.

Untitled

Dato’ Jalaluddin Hassan Tetamu Program “Barakah” Dengan Topik “Wasiat” di TV1

[dropcap]B[/dropcap]arakah adalah program bual bicara yang akan membincangkan tentang perkhimatan kewangan Islam di dalam kehidupan seharian. Setiap topik akan dikupas oleh seorang tetamu jemputan yang pakar dalam tajuk yang dibincangkan seperti Dr. Farid Ravi, Dr. Zaharuddin, Dato’ Dr. Inayah dan ramai lagi panel hebat dan pakar didalam kewangan Islam.

Pada setiap episod program ini menjemput selebriti tempatan seperti Yatt Hamzah, Datuk Tarmimi Seregar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Diana Amir dan ramai lagi.

Justeru 3 Januari ini, Barakah membawakan tajuk “Wasiat”, membincangkan tentang tanggungjawab sebagai umat Islam, serta pentingnya kita membuat wasiat ketika masih hidup. Dihoskan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff, Barakah episod ini akan menjelaskan perbezaan diantara hibah dan wasiat.

Topik “Wasiat” ini diharap akan memberikan informasi yang bermanfaat kepada para penonton untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian maksud wasiat di dalam konteks Islam.

Antara isi-isu yang dibincangkan dalam topik “Wasiat” adalah mengupas dengan lebih mendalam tentang cara membuat wasiat semasa masih hidup dan bagaimana waris menerima wasiat setelah berlakunya kematian.

Tetamu jemputan episod ini selebriti terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan dan panel, Dr. Noor Lizza Mohamad Said yang merupakan Pensyarah Kanan Bidang Pengurusan Harta Orang Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Antara tajuk lain dalam program Barakah ialah, Zakat, Gadaian, Riba, Wakaf, Hutang, Insurans, Hibah, Rezeki Berkat, Produk dan Perkhidmatan. Saksikan program berinfomasi penuh ilmu ini setiap Ahad, pukul 9 malam hanya di TV1.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Eyka Farhana Cabar Diri Jadi Hos PADA SUATU KETIKA

Astro First Premieres Love N Music Concert