in ,

Program #HTV Hiburan Jer Kembali Untuk Musim Kedua

Selepas menerima maklum balas positif penonton, program Majalah Hiburan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul #Selepas menerima maklum balas positif penonton, program Majalah Hiburan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul #HTV (Hiburan Jer) disambung untuk musim kedua yang disiar secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di TV1. (Hiburan Jer) disambung untuk musim kedua yang disiar secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di TV1.

Penerbitnya Fadhlina Ahmad berkata #HTV mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton terutama generasi muda apabila pengisian yang dibawakan bersifat santai dan ‘trendy’. 

“#HTV sentiasa berusaha mencari kelainan dan membawa pengisian yang menarik bagi memikat hati penonton di rumah. 

“Program ini disiar selama 30 minit ini mengetengahkan sesuatu yang segar mengenai isu semasa dunia hiburan dan topik yang ‘trending’ di media sosial. 

“Program ini juga mengangkat bakat personaliti dari platform digital ke televisyen.

“Malah, untuk musim kedua ini juga kami membawakan kelainan dari segi set studio bagi menambah ‘mood’penonton untuk terus melekat dan menyaksikan segmen-segmen menarik serta pelbagai informasi disediakan,” katanya.

Menurut Fadhlina, #HTV masih mengekalkan pengacara Nana Mahazan untuk musim kedua ini kerana komitmen dan cara penyampaiannya dilihat bersesuaian dengan konsep program itu. 

“Program ini mempunyai tiga penerbit dan kami sepakat untuk mengekalkan Nana sebagai hos kerana melihat potensi serta pengalamannya dalam dunia pengacaraan. 

“Malah, segala informasi yang disampaikan kepada penonton dijaga dengan baik selain  memuji komitmen diberikan untuk memberi lebih warna dalam program ini,” katanya. 

Episod pertama #HTV musim kedua disiarkan mulai hari ini menyaksikan beberapa segmen seperti Carta #HTV, Cerita La Sikit, BBNU dan Dah Viral. 

“Setiap segmen mempunyai pendekatan yang berbeza-beza. Setiap minggu, kami mula dengan membawakan carta hiburan yang paling hits sepanjang minggu. Diikuti, kami juga mengundang tetamu bagi berkongsi ceria mengenai sesuatu topik yang diketengahkan. 

“Malah, terdapat juga segmen BBNU yang mengetengahkan bakat-bakat popular di platform digital ke televisyen serta Dah Viral iaitu perkongsian pelbagai cerita viral,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eyka Farhana & Fadlan Hazim Dalam Drama Bersiri DIA ADELIA Di TV2

Lagu STANDING IN THE EYES OF THE WORLD Ella Dipilih Rai Sambut Kemerdekaan US