in , ,

Finalis Lagu Cinta Kita 2, Evie Feroza Lancar Single HAMPIR SEMPURNA

vie Feroza finalis program realiti Lagu Cinta Kita 2, tampil dengan single terbaharu iaitu ‘Hampir Sempurna’ di bawah naungan syarikat rakaman Alternate Records & Talents.

Lagu menarik ini merupakan hasil kerjasama komposer dan penulis lirik terkenal tanah air, Shazee Ishak dan Audi Mok dan kini boleh didengarkan di semua pelantar digital. 

Nama Evie bukan lagi asing buat peminat muzik tanah air. Selain berjaya menjadi finalis Lagu Cinta Kita 2 berpasangan dengan Kael, Evie juga dikenali dalam kalangan pengunjung di Bobo, Alexis, No Black Tie dan sering mendapat undangan menyanyi di beberapa majlis rasmi. 

Suara Evie yang unik dan merdu ini telah menjadikan lagu ‘Hampir Sempurna’ sebagai lagu runut bunyi kepada drama Akasia: 3 Nota Cinta lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose. Lirik lagu yang menjadi runut bunyi kepada drama ini amat berkait rapat kerana menceritakan tentang kesyukuran yang perlu dinikmati walaupun berada dalam situasi sedih dan pilu. 

Evie Feroza - Hampir Sempurna

Menurut Evie Feroza, “Lagu Hampir Sempurna ini benar-benar membawa kelainan kepada saya dari sudut nyanyian dan genre. Sebelum ini saya memang banyak menyanyikan lagu berbahasa Inggeris tetapi pencipta lagu ini berjaya meyakinkan saya untuk menyanyikan lagu yang menunjukkan sisi lain saya. Saya benar berharap agar semua yang mendengar lagu ini akan terhibur dan dapat memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu ini.’

Video lirik bagi single Hampir Sempurna nyanyi Evie Feroza, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital dan lirik video boleh ditonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents sejak 12 Mac yang lalu.

Artis : Evie Feroza

Tajuk : Hampir Sempurna

Komposer : Shazee Ishak, Audi Mok 

Lirik : Shazee Ishak, Audi Mok

Publisher : Pitch Audio+Magic, Replay Music Publishing

Bahagia

Ku membaca

Nukilan sejarah

Begitu indah

Diselubungi cinta

Ku tak lagi mencari

Segalanya yang

Ku ada ku bahagia

Sudah ku ada

Indah malam

Tak diteman bulan

Masih dapat ku nikmatinya

Cukup sudah

Ku bahagia

Dengan apa ku ada

Cukup sudah

Hampir sempurna

Hidup kita

Gerak bagai masa

Jika berleka

Kan hilang begitu saja

Ku melihat

Segala yang indah

Yang tersembunyi

Di antara yang retak

Hampir sempurna

Ku tak lagi mencari

Segalanya yang

Ku ada ku bahagia

Sudah ku ada

Indah malam

Tak diteman bulan

Masih dapat ku nikmatinya

Cukup sudah

Ku bahagia

Dengan apa ku ada

Cukup sudah

Hampir sempurna

Dunia yang ku cipta

Sempurna

Walau ada

Yang separuh

Kerna aku tahu

Ku bahagia

Sebalik yang kelabu

Cerahnya menunggu ku

Aku tahu

Ku harus bersyukur

Indah malam

Tak diteman bulan

Masih dapat ku nikmatinya

Cukup sudah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

ZUL ARIFFIN

Viral! TV3 Nafi Adegan ‘Panas’ Zul Ariffin Dapat Kelulusan