in , ,

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dilakonkan oleh pelakon Zul Ariffin sehingga mengundang kecaman teruk. Apa yang lebih mengejutkan drama tersebut bakal ditayangkan di televisyen untuk tontonan bulan Ramadan.

Dilihat dari video yang dimuat naik, Zul bersama pelakon wanita di dalam drama itu seakan-akan melakukan adegan ‘bersetubuh’, malah pelakon wanita itu turut membuka baju Zul.

Disebabkan itu, ramai netizen yang merasakan pelakon-pelakon terbabit sudah melampaui batas memandangkan mereka beragama Islam serta berada di negara Islam, jadi adegan itu sememangnya tidak melambangkan imej Islam.

Ketika namanya sedang menjadi bahan kecaman ramai susulan adegan panas drama Perempuan Itu, pengarah terkenal Erma Fatima mencuri perhatian dengan kapsyen Instagram yang seolah-olah memberi bayangan sebuah kebenaran bakal terbongkar.

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

“Insya-Allah, kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi,” tulisnya ringkas.

Menerusi entri tersebut, sutdara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu turut memuat naik sekepung foto seekor harimau sedang bertapa atau dalam fasa menenangkan diri.

“Pejuang yang hebat ialah tidak pernah marah,” tulis ayat pada foto tersebut.

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

Media tidak mendapat keterangan lanjut susulan Erma tidak menjawab panggilan telefon.

Hasil pemerhatian, kakak kepada pelakon Umie Aida itu turut menutup ruangan komen Instagramnya.

Sehingga kini, namanya dan Zul Ariffin masih trending kini dalam Twitter.

Sejak malam tadi, media sosial digemparkan dengan sebuah video sedutan drama Perempuan Itu arahan Erma yang memaparkan beberapa adegan panas lakonan Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Babak yang dikatakan persis filem lucah itu mendapat kritikan ramai serta turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad hari ini.

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

Mengakui terkejut dengan babak dalam drama tersebut, beliau tidak menyangka babak drama tular itu akan ditayangkan pada bulan Ramadan.

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

Ujarnya, hiburan tidak dihalang dalam Islam namun jika ianya melampaui batas dan boleh mencemarkan agama ianya tidak boleh dibiarkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan menghubungi segera pihak terbabit untuk memberikan nasihat supaya perkaraitu dapat ditegah.

Menerusi entri itu juga, Datuk Ustaz Idris sempat menitipkan nasihat kepada umat Islam untuk bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang mulia.

Isu Babak Panas, Pengarah Drama PEREMPUAN ITU Akan Dedahkan Kebenaran

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana drama tersebut dikatakan bakal disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

Selain Erma, Zul juga mengambil pendekatan berdiam diri tanpa sebarang penjelasan rasmi selepas dia mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video tersebut.

Sebagai info, Perempuan Itu turut dibintangi Mimi Lana dan menampilkan selebriti usahawan muda yang pernah trending iaitu Iqbal Zulkefli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Live Life to the Fullest with the New HUAWEI nova 9 SE

Evie Feroza

Finalis Lagu Cinta Kita 2, Evie Feroza Lancar Single HAMPIR SEMPURNA