in ,

Ery Zukhairi Jadi Profesor Dalam Drama Cinta Pandang Kedua

Lama Budiey tak dengar berita tentang pelakon berbakat Ery Zukhairi. Maklumlah, tahun lepas Ery sibuk dengan dunia modelling dan peragaan. Terbaru, Budiey ada dapat perkembangan terkini pasal beliau di mana Ery Zukhairi memegang watak Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza Muhammad dalam drama Cinta Padang Kedua. Kira kali ini wataknya lebih mencabar kerana terpaksa mengkaji tentang watak seorang akademik. Bukan mudah kan?

Menurut Ery Zukhairi, beliau terpaksa membawa dua karakter yang berbeza untuk drama ini iaitu semasa muda dan untuk watak seorang lelaki yang berumur 40 tahun. Jika kaji secara mendalam watak beliau, dia seorang yang nampak baik pada luaran tetapi dalam pada masa yang sama, terpendam kejahatan dalam dirinya. Drama ini menceritakan dendam kesumat watak ini di mana beliau sepatutnya berkahwin dengan watak Dalilah lakonan Maria Farida tapi beliau ditinggalkan semasa majlis nikah. Kesian, kan? Dalam drama ni, dendam yang berbuku di hati beliau terbawa sehinggalah beliau mengenali anak kepada Maria Farida.

Ery Zukhairi Jadi Profesor Dalam Drama Cinta Padang Kedua

Menurut Ery lagi, dia terpaksa mendalami watak ini dan belajar bagaimana untuk menunjukkan expressi yang betul dan tepat untuk menjayakan watak tersebut. Selain rasa tercabar dengan skrip dan penjiwaan watak, Ery Zukhairi akui terpaksa belajar menyebut terma-terma sains dan fizik dengan betul. Tersalah sebut nanti jadi benda lain pulak kan? Nak tak nak beliau terpaksa hafal terma tersebut semasa dalam bilik kuliah.

[pullquote align=”right”]Drama Cinta Pandang ke-2 ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd telah pun mula bersiaran pada setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9 mulai 5 Disember 2013 yang lalu dan akan bersiaran sebanyak 13 episod.[/pullquote]

Ternyata, watak Ery Zukhairi sebagai seorang profesor di sebuah universiti tempatan dapat mematangkan Ery dari segi lakonan. Jika diteliti watak beliau, semasa mudanya, beliau telah dikecewakan oleh Dalilah (Maria Farida). Kerana rasa kecewa yang teramat, beliau bertekad untuk menjadi ‘somebody’ dan membalas dendam kepada Dalilah.

Setelah sekian lama dia menjejaki Dalilah, dia mendapat tahu Dalilah mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Ainnur Azleen (Izara Aisyah). Prof. Ahmad Redza merasakan dengan merosakkan hidup Ainnur, Dalilah akan sengsara dan dendamnya kepada Dalilah akan terlunas.

Prof. Ahmad Redza telah berjaya memerangkap Ainnur pada suatu hari dan membuat Ainnur terpaksa merayu-rayu kepadanya demi mengembalikan maruahnya. Namun apabila Ainnur mengajak Prof. berkahwin untuk menebus dosa, Prof. menolak. Kerana kecewa Ainnur menyambung pengajian ke UK.

Prof. mengajar di universiti di mana Zairul menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. Zairul menjadi pelajar kesayangan Prof. kerana kecerdikannya lalu menawarkan pekerjaan sebagai pembantunya di universiti. Zairul pula amat menghormati Prof. dan menjadikannya sebagai idola.

Selepas pulang dari UK, Prof. masih tidak dapat melupakan dendamnya kepada Dalilah dan Ainnur. Dia akhirnya berjaya menjejaki Ainnur dan merayu untuk bersama Ainnur kembali. Di sinilah terjadi konflik di antara Zairul-Ainnur-Prof. Redza. Berjayakah Prof. meraih cinta Ainnur kembali dan membalas dendam kepada Dalilah? Bagaimana pula reaksi Zairul apabila mendapat tahu bahawa dia terpaksa bersaing dalam merebut hati Ainnur Azleen. Di antara Zairul dan Prof. Redza yang mana satukah akan Ainnur berikan Cinta Pandang ke-2? Sama-sama kita saksikan drama komedi romantik yang penuh emosi ini.

Ery Zukhairi Jadi Profesor Dalam Drama Cinta Padang Kedua

Ery Zukhairi Jadi Profesor Dalam Drama Cinta Padang Kedua

SINOPSIS DRAMA CINTA PANDANG KE 2

[dropcap]I[/dropcap]a mengisahkan tentang dua orang teman sekolah yang saling berbalah. Zairul, pelajar yang bermasalah di sekolah elit telahpun ditukarkan sekolah oleh ayahnya. Pada hari pertama persekolahannya di sekolah baru, dia telah menegur seorang pelajar yang ‘montel’ bernama Ainnur. Bermula daripada situ, mereka saling berbalas dendam. Kata-kata Zairul yang tidak sudah-sudah mengutuk keadaan fizikal Ainnur yang XXL hingga menyebabkan Ainnur berdendam dan berazam suatu hari dia akan kembali untuk ‘membalas’ semua tohmahan Zairul.

Ditakdirkan setelah beberapa tahun berlalu, Ainnur telah menjadi gadis yang kurus dan sangat cantik. Pertama kali bertemu, Zairul telah jatuh cinta dan tidak menyangka, gadis cantik itu adalah si comel yang mahu membalas dendam kepadanya. Sementelah Ainnur adalah ketua sedangkan Zairul hanyalah mat despatch di pejabat ibu Ainnur.

TENAGA PRODUKSI

[dropcap]D[/dropcap]rama inspirasi novel Cinta Pandang ke-2 ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd telahpun mula bersiaran pada setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9 mulai 5 Disember 2013 yang lalu dan akan bersiaran sebanyak 13 episod.

Drama ini dibarisi para pelakon hebat seperti Izara Aishah sebagai Ainnur Azleen, Dazrin Kamarudin sebagai Zairul Hasmat, Ery Zukhairi sebagai Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza Muhammad, Maria Farida sebagai Dalilah & Rezuan Hashim sebagai Tan Sri Zainuddin. Skrip drama ditulis oleh Maizura Mohd Ederis, Zuli Ismail, Laila Kamilia dan Eenaz Mohkhtar dan diarahkan oleh pengarah berbakat besar M Nazir Juhan.

JELAJAH PROMOSI NOVEL DAN DRAMA CINTA PANDANG KE-2

[dropcap]J[/dropcap]elajaH promosi kali kedua ini dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf (Alaf21) yang akan membawakan penulis novel Laila Kamilia bersama dengan pelakon utama Dazrin Kamarudin dan Ery Zukhairi yang diadakan pada 9 Februari 2014 jam 10 pagi hingga 12 tengahari bersempena Karnival Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang drama dan novel ini, boleh layari facebook.com/cintapandangke2, facebook.com/alaf21 atau di facebook.com/lailakamilia

Ery Zukhairi Jadi Profesor Dalam Drama Cinta Padang Kedua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Persembahan Salamiah Hassan Dalam Bakat TV

Video Yuna Perform di Jimmy Kimmel LIVE